Simple Plain Fluffy Butter Cake (Kek Mentega Kosong yang Mudah dan Gebu) 

Assalamualaikum. Setiap kali makan kek butter ni teringat arwah abah yang memang minat sangat dengan kek butter. Kek butter mak yang sedap dan berbau harum semerbak memang memikat selera semua orang. Arwah abah selalu request kek butter daripada mak terutamanya di pagi raya. Mak akan buat 2 buku kek butter selalunya.

1 untuk makan kat rumah, 1 akan dihantar ke rumah wan kat sebelah rumah kami. Rumah wan memang penuh dengan pakcik makcik dan sepupu sepapat yang balik beraya bersama. Bila dah ramai-ramai makan tu memang berebut la semua orang makan. Naknya bila makan masa kek masih panas. Bau kek yang semerbak harum 1 rumah tu memang tak boleh tahan punya la.

kek butter

Kek butter ni memang sangat simple dan senang nak buat. Kek butter kosong je. Tak perlu tambah banyak bahan. Kalau dah tak banyak bahan tu memang mudah sesangat la nak buat. Sesiapa yang baru nak belajar buat kek tu boleh cuba buat kek ni dulu. Kalau lulus dan menjadi, dah boleh la buat kek yang susah sikit. Heh.

Tekstur kek ni sangat lembut dan gebu. Walaupun sejuk, tetap lembut. Rugi siapa yang tak cuba. Kalau nak buat kek marble butter pun bole guna resepi ni. Cuma tambahkan saja warna dan perisa kesukaan masing-masing. Selalunya mak saya buat kek yang besar menggunakan 3 cawan tepung. Resepi yang saya kongsikan ni untuk saiz kek yang sederhana. Ok jom tengok resepinya. Korang boleh tengok dulu video kat bawah ni untuk cara buat kek butter dengan lebih mudah dan senang untuk difahami.

Bahan-bahan:

  • 250 gram mentega
  • 200 gram gula
  • 5 biji telur
  • 210 gram tepung naik sendiri (tambah 1/2 sudu teh baking powder dan 1/2 sudu teh soda bikarbonat kalau guna tepung gandum)
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara :

  1. Ayak tepung. Ketepikan.
  2. Masukkan mentega, gula dan esen vanila ke dalam mesin pemutar. Putar sehingga betul-betul kembang dan ringan (warna jadi putih).
  3. Masukkan telur satu per satu. Pukul sehingga betul-betul sebati.
  4. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul sehingga tepung rata.
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang. Bakar pada suhu 180°C selama lebih kurang 45-50 minit.

Nota:

  • Guna 4 biji telur kalau telur gred A. Saya gunakan 5 biji telur gred C dalam resepi ni.
  • Boleh kurangkan gula kepada 180gram kalau tak suka manis.

Dah siap masak boleh la ramai-ramai makan masa tengah panas-panas. Memang tak cukup sepotong makan kek ni.. ??? jom layan lagi gambar kek butter gebu dan lembut kat bawah ni..

kek butter kek butter kek butter butter cake


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

4 Comments »

Leave a Reply