Kek Chiffon Strawberi

Assalamualaikum..

Semalam saya dapat order kek lagi. Bukan daripada pelanggan yang nak beli kek tapi daripada anak sendiri. Hehe. Minat sungguh anak sulung saya ni, Aqil, dengan kek. Suruh makan nasi tak nak. Asyik mintak nak makan kek je. Dia tak kisah kek apa-apa pun. Janji kek. Semuanya sedap.

Jadi hari ni saya buat la kek untuk dia. Saya buat kek chiffon sebab semua bahan dah ada kat rumah. Guna bahan-bahan yang asas dan senang je untuk buat kek ni. Kebetulan suami saya pun minat kek chiffon ni. Dah lama dia mintak kek chiffon ni. Cuma belum berkesempatan nak buat.

Kek chiffon ni boleh di pelbagaikan perisanya seperti pandan, koko, kopi, oren.. Kali ni saya nak kongsikan resepi kek chiffon strawberi. Insya Allah lain kali saya akan kongsikan resepi kek chiffon dengan perisa yang lain pulak. Kat bawah ni saya ada sertakan video cara nak buat kek chiffon strawberi. Boleh la tengok video dulu supaya lebih senang dan jelas cara nak buat kek ni. ☺☺

Bahan-bahan A :

  • 4 biji kuning telur (gred A)
  • 90gram gula
  • 115ml susu segar
  • 85ml minyak jagung
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil perisa strawberi
  • 1/2 sudu kecil pewarna merah jambu
  • 150gram tepung naik sendiri (diayak)

Bahan-bahan B :

  • 4 biji putih telur (gred A)
  • 90gram gula
  • 1/8 sudu kecil cream of tartar

Cara-cara :

  1. Satukan kuning telur dan gula. Kacau menggunakan hand whisk. Cukup sekadar telur dan gula sebati.
  2. Masukkan kesemua bahan A yang lain ke dalam telur tadi. Gaul sebentar sehingga sebati. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk lain, pukul putih telur sehingga berbuih.
  4. Masukkan gula dan cream of tartar. Pukul lagi hingga kembang dan bertanduk.
  5. Kaup balikkan adunan B bersama adunan A hingga sebati.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang berukuran 9 inci (tak perlu gris).
  7. Bakar adunan pada suhu 175 C° selama 40 minit atau sehingga masak.
  8. Terbalikkan kek di atas redai apabila sudah masak. Biarkan sejuk sepenuhnya baru keluarkan dari acuan.

Tips untuk membuat meringue (adunan putih telur) :

  • Pastikan bekas untuk membancuh adunan, bekas untuk mengisi semua bahan, dan semua alatan untuk membuat meringue betul-betul kering.
  • Pastikan putih telur tak bercampur sedikit pun dengan kuning telur dan tidak terkena air.
  • Untuk memastikan meringue betul-betul kental, terbalikkan mangkuk selama lebih kurang 10 saat. Jika adunan tidak jatuh, meringue tu dah ok. Jika jatuh, pukul lagi sehingga kental.

Tips lain:

  • Untuk memudahkan pengasingan putih telur dan kuning telur, asingkan semasa telur masih sejuk (baru keluar daripada peti ais) sebab telur kuning sedikit keras. Kemudian, biarkan telur berada pada suhu bilik sebelum digunakan.

Nota :

  • Boleh kurangkan gula kepada 80gram untuk bahan B kalau tak suka manis.
  • Jika tak ada tepung naik sendiri, boleh gunakan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder. Ayak sebanyak 3 kali.
  • Saya gunakan pewarna merah sebab tak ada pewarna pink. Cuma kurangkan kepada 1/4 sudu kecil supaya warna merah tak terlalu pekat.
  • Cream of tartar boleh digantikan dengan jus lemon

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments

4 Comments »

Leave a Reply