Krim Puff Gebu

Assalamualaikum. Entry kali ni saya nak share cara buat krim puff yang gebu dan lembut. Siapa pernah tengok rancangan 1 2 bakar kat TV3? Best jugak rancangan ni. Rancangan masakan yang bertemakan bakar. Siapa yang suka bakar membakar tu boleh tengok rancangan ni. Kalau tak sempat tengok pun boleh cari page 1 2 bakar kat Facebook. Setiap masakan dorang akan update resepi kat Facebook.

krim puff

Krim Puff ni jugak salah satu resepi yang ada dalam rancangan tu. Tengok dorang buat memang terliur. Saya pun cuba buat. Nampak remeh tapi mudah je sebenarnya. Alhamdulillah menjadi dan memang best, sedap, gebu dan lembut sangat krim puff ni.

Ok la jom saya tunjukkan cara nak buat krim puff ni. Sesiapa yang ada nozel tu boleh la guna nozel supaya krim puff korang cantik menawan. Kalau yang tak ada nozel tu jangan risau sangat. Guna je apa-apa plastik untuk letak adunan tu nanti. Asalkan ada bentuk sikit cukup la. ? ataupun boleh gunakan sudu je. Skopkan adunan 1 sudu besar bentuk bulat-bulat. Tak perlu bulat cantik sangat pun. Rupa bentuk tak kisah sangat, yang penting kesedapan dan kelembutan puff ni. ??

Tengok video kat bawah ni dulu untuk cara2 membuatnya.

Bahan-bahan untuk Puff:

  • 125gram mentega
  • 1 cawan air
  • 3 biji telur  (grade A)
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu besar gula
  • secubit garam

Cara-cara untuk membuat puff:

  1. Masakkan air, mentega, gula dan garam sehingga mendidih.
  2. Masukkan tepung dan kecilkan api, kacau sehingga menjadi sebati (tak lekat di kuali)
  3. Pindahkan doh ke dalam mangkuk besar & sejukkan.
  4. Masukkan telur sebiji semi sebiji. Pukul sehingga rata.
  5. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan paipkan ke atas loyang telah disapukan minyak @ di alas dengan kertas pembakar.
  6. Bakar pada 180°c selama 30 minit atau sehingga kekuningan.

Nota:

  • Renjiskan sedikit air ke atas adunan sebelum dibakar supaya puff naik dengan lebih gebu.
  • Letakkan loyang di bahagian tengah oven supaya puff masak sekata.

Bahan-bahan untuk krim kastard:

  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 cawan (200ml) susu segar (saya guna full krim)
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 1 biji telur (saiz A)
  • 1 sudu besar mentega
  • 1/2 sudu kecil esen vanila

Cara-cara membuat krim kastard:

  1. Satukan tepung gandum, tepung kastard, gula & susu dalam periuk. Kacau sehingga tepung hancur. (jangan pasang api dulu)
  2. Masukkan telur & esen vanila. Kacau sebati.
  3. Pasang api kecil. Masak kesemua bahan atas api perlahan sehingga pekat.
  4. Tutup api & masukkan mentega. Kacau sebati.
  5. Masukkan krim kastard ke dalam piping bag & paipkan ke dalam puff.

Lepas dah siap ni korang boleh la hias ikut kreativiti masing-masing. Tabur gula icing @ letak hirisan buah (strawberry, kiwi, etc) @ tambah filing lain (strawberry, blueberry, coklat, etc). Terpulang la selera masing-masing. Janji sedap tekak nak makan. Hehe. ??

Selamat makan semua!!

krim puff krim puff krim puff krim puff


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel

 

youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Leave a Reply