Resepi lempeng lembut dihidangkan bersama sambal ikan bilis

Resepi Lempeng Kelapa Lembut Sukatan Cawan

Assalamualaikum dan hai semua. Hari ni saya nak kongsikan resepi lempeng lembut yang senang sangat nak buat. Boleh jadi menu sarapan atau minum petang. Bahan dia ringkas je: tepung gandum, kelapa parut, sedikit santan, air dan garam. Masak atas kuali anti-lekat sampai kedua-dua belah kekuningan. Paling sedap dimakan panas-panas, cicah dengan sambal ikan bilis. Selamat mencuba!

Resepi lempeng lembut dihidangkan bersama sambal ikan bilis

Sukatan bahan boleh adjust ikut rasa. Kalau adunan terlalu pekat, tambah sedikit air. Kalau terlalu cair, boleh letak sikit tepung. Pilih kelapa yang tak terlalu tua dan tak terlalu muda, lempeng lagi lembut.

Bahan-bahan Resepi Lempeng Lembut:

  • 1 cawan Tepung Gandum
  • 2 cawan Kelapa Parut
  • ¼ cawan Santan
  • 1 cawan Air Kelapa atau Air Biasa
  • Garam (secukup rasa)
  • Sedikit Minyak (untuk sapu kuali)

Cara Buat Resepi Lempeng Lembut:

  1. Dalam mangkuk, gaul tepung gandum, kelapa parut dan garam sampai rata.
  2. Masukkan santan, kemudian tuang air sedikit demi sedikit sambil kacau. Kacau sampai sebati dan tak berketul. Adunan patut tak terlalu cair dan tak terlalu pekat.
  3. Panaskan kuali anti-lekat dengan api sederhana. Sapu sedikit minyak.
  4. Tuang satu senduk adunan, kemudian ratakan jadi bulat. Ketebalan ikut suka, jangan terlalu tebal supaya dalam masak merata.
  5. Masak sampai bahagian bawah kekuningan, kemudian terbalikkan. Masak sekejap lagi sampai kedua-dua belah masak.
  6. Angkat dan ulang sampai adunan habis. Hidangkan panas-panas bersama sambal ikan bilis. Siap!

Tips Resepi Lempeng Lembut:

  • Nisbah kelapa parut lebih banyak dari tepung, tu yang buat lempeng lembut dan berlemak.
  • Kalau ada air kelapa, guna tu untuk bancuh, lagi wangi. Kalau tak ada, air biasa pun boleh.
  • Api jangan besar sangat, nanti luar cepat hangus tapi dalam masih belum masak.
  • Kuali anti-lekat memudahkan kerja, lempeng tak mudah melekat.
  • Kalau suka rasa sedikit manis, boleh tambah sedikit gula dalam adunan.
  • Selain sambal ikan bilis, ada juga yang cicah dengan kari atau makan dengan gula. Lempeng ni paling sedap dimakan panas-panas.

Cuba juga: Resepi Pancake Tanpa Susu (Penkek Tanpa Susu Segar) Gebu & Lembut, Serabai Tanpa Nasi Lembut Dan Berongga Guna Kuali dan Resepi Roti Jala Tanpa Telur Kelembutan Berpanjangan Walaupun Telah Semalaman.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Playlist YouTube

Scroll to Top