kari ayam tanpa santan

Kari Ayam Mak Mertua Power Tanpa Santan Resepi Rahsia

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Bertemu lagi kita di entri kali ini. Hari ni saya nak kongsikan satu lagi resepi yang sangat istimewa iaitu resepi rahsia kari ayam tanpa santan emak mertua saya. Sebelum ini saya dah pernah kongsikan resepi mak mertua saya ni disini. Namun kali ini, emak mertua saya sendiri yang memasak resepi kari ayam ni seperti yang dia selalu masak di kedainya dan sudah tentulah lagi sedap dan menarik. Hehehe.

kari ayam

Resepi kari ayam emak mertua saya ni sangat special dan popular serta menjadi kegemaran serta sebutan di kalangan pelanggan-pelanggan di kedai makannya. Menu kari ayam ni adalah menu yang paling larus di kedainya. Kari ayam ini tidak menggunakan santan. Jadi ianya lebih mudah untuk disediakan dan tidak cepat basi. Walaupun tanpa santan, kari ni tetap pekat sebab menggunakan serbuk kari yang banyak. Emak mertua saya menggunakan kari ikan kerana kari ikan lebih sesuai dan sedap untuk menu karinya. Emak mertua saya juga menggunakan sos tiram dalam resepi ini yang menjadi rahsia kesedapan serta kelazatan karinya. Air asam pula boleh digantikan dengan perahan air limau jika tiada asam jawa.

Korang juga boleh gunakan resepi kari yang sama untuk memasak daging, udang, sotong serta ketam. Rasanya yang sedap dan kuah karinya yang pekat memang memikat selera sesiapa sahaja yang mencubanya walaupun tanpa santan. Kari ayam emak mertua saya ni sesuai di makan bersama nasi putih, nasi minyak, nasi hujan panas dan sebagainya. Korang wajib cuba resepi kari mak mertua saya ni untuk merasai sendiri kelazatannya. Hehehe. Selamat mencuba!

Facebook dan Youtube

Sebelum korang cuba buat resepi kari ayam tanpa santan ni apa kata korang layan dulu video yang saya kongsikan kat atas ni untuk senang faham cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru kami dan boleh tengok video menarik, senang dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan kari ayam:

  • 1/2 Ekor Ayam
  • 3 Ulas Bawang Putih (tumbuk/cincang halus)
  • 1@2 Biji Bawang Besar (hiris)
  • 5 Tangkai Daun Kari
  • 125 gm Serbuk Kari Ikan
  • Air Secukupnya (Lebih kurang 750-1000ml)
  • 1@2 Biji Kentang
  • Garam
  • Gula (jika suka)
  • Sedikit Air Asam Jawa
  • 2 Sudu Besar Sos Tiram (bancuh dengan sedikit air)

Cara-cara untuk membuat kari ayam:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
  2. Masukkan daun kari. Kacau rata.
  3. Masukkan serbuk kari dan sedikit air. Kacau sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam. Kacau sebentar.
  5. Masukkan air dan kentang. Biarkan sebentar.
  6. Tambahkan asam jawa, gula serta sos tiram. Seimbangkan rasa. Kacau hingga sebati.
  7. Masak sehingga kentang lembut dan boleh dihidangkan.

Nota:

  • Boleh tambah serbuk kari kalau nak lagi pekat.
kari ayam

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top