Kuih Tepung Pelita Sedap Macam Dekat Bazar Ramadhan

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Bulan puasa ni mesti korang mencari resepi kuih traditional yang senang untuk dibuatkan dan yang paling penting mestilah sedapkan?. Salah satu kuih traditional yang menjadi kemestian dan paling popular ketika bulan ramadhan ni ialah kuih tepung pelita. Saya dan keluarga amat menggemari kuih ini. Biasanya saya beli sahaja kuih ini di bazar ramadhan. Tapi pada tahun ini, tiada bazar ramadhan dan agak sukar untuk membeli dan mendapatkan kuih ini diluar. Jadi, saya membuatnya sendiri dan hasilnya amat memuaskan sama macam yang dijual di bazar ramadhan. Hehehe.

tepung pelita

Resepi tepung pelita yang saya kongsikan ni sangat mudah untuk disediakan kerana ianya tak perlu dikukus. Hanya perlu dimasak di atas dapur sahaja. Tanpa daun pisang atau daun pandan pun kita boleh buat tepung pelita ni. Boleh letakkan saja dalam cawan ataupun bekas kecil yang sesuai. Kalau guna daun dah tentu lebih sedap. Tapi sebab musim kuarantin ni susah untuk cari daun pisang atau daun pandan, boleh gunakan apa saja ikut kreativiti masing-masing.

Lapisan atas iaitu lapisan santan lebih sedap sekiranya menggunakan santan segar. Rasa lemak dari santan segar menambahkan kelazatan kuih tepung pelita ini. Untuk lapisan bawahnya pula, korang boleh gunakan daun pandan yang dikisar dengan air dan tapis untuk mendapatkan air pandan bagi menggantikan perisa pandan. Aroma dari air daun pandan jauh lebih wangi dan membuatkan kuih ini menjadi lebih sedap. Saya tidak menggunakan air daun pandan kerana takde stok dekat rumah. Hehehe. So, apa tunggu lagi jom kita buat kuih tepung pelita yang mudah dan sedap ni. Selamat mencuba.

Kalau korang nak senang faham cara membuat kuih tepung pelita ni apa kata korang tengok dulu video yang saya kongsikan kat atas ni supaya mudah dan senang faham cara penyediaan dan membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dari kami dan tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan kuih tepung pelita:

Lapisan Pandan (Bawah)

2 Cawan Air
1/2 Cawan Gula
1/2 Cawan Tepung Beras (Cap 3 gajah)
1/4 Sudu Kecil Perisa Pandan
Gula Aising

Lapisan Santan (Atas)

2 Cawan Santan
2 Sudu Besar Tepung Beras (Cap 3 gajah)
1/2 Sudu Kecil Garam

Cara-cara untuk membuat kuih tepung pelita:

  1. Untuk lapisan pandan (bawah) masukkan air, gula, tepung beras, pewarna hijau dan perisa pandan ke dalam kuali. Kacau sehingga sebati, kemudian pasangkan api.
  2. Masak adunan pandan sehingga menjadi likat. Adunan perlu dikacau sentiasa supaya tidak berketul-ketul.
  3. Masukkan sedikit gula aising ke dasar acuan yang sesuai, tuang adunan pandan dan ratakan. Ketepikan dahulu.
  4. Untuk lapisan santan (atas) pula, masukkan santan, tepung beras dan garam ke dalam kuali. Kacau hingga adunan sebati.
  5. Pasangkan api dan masak adunan santan sehingga menjadi likat. Pastikan adunan dikacau sentiasa supaya tidak berketul-ketul.
  6. Setelah masak, masukkan adunan santan ke atas adunan pandan tadi. Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo