Kek Coklat Lembap Mudah (Easy Chocolate Moist Cake) 

Assalamualaikum . Hari ni saya nak buat kek yang menjadi kegemaran ramai. Kek coklat moist yang mudah, sedap, lembut, gebu, super moist, semua lengkap. Haha. . Memang tak dapat dinafikan lagi kek coklat ni memang ramai peminat terutamanya penggemar coklat. Termasuk la anak saya. Hehe. .

Rasanya ade banyak versi dan cara nak buat kek coklat moist ni. Kat sini saya sharekan resepi yang saya ambil daripada 1 buku masakan pelbagai kek yang diterbitkan oleh Blogger terkenal, azlita aziz. Dalam banyak banyak resepi kek coklat moist, saya paling suka yang ni sebab senang dan selalunya memang menjadi gebu dan lembab. Selain kek ni, ada lagi banyak kek yang lain yang sedap-sedap ada kat dalam buku resepi tu. Lain kali saya akan sharekan resepi kek yang lain pulak. Ataupun korang boleh beli terus buku resepi tu yang ade dijual di pasaran. Harga pun tak mahal sangat.

Sebelum tu kita cuba buat kek ni dulu ok. Boleh tengok video kat bawah ni supaya lebih senang nanti korang nak buat.. ??

Bahan A

  • 150 gram tepung naik sendiri (tepung kek)
  • 50 gram serbuk koko
  • * kalau guna tepung gandum tambahkan 1/2 sudu teh serbuk penaik & 1/2 sudu teh soda bikarbonat

Bahan B

  • 2 biji telur (size B)
  • 180 gram gula
  • 1/2 sudu teh esen vanilla

Bahan C

  • 125 ml susu cair/susu segar
  • 125 ml minyak jagung
  • 1 sudu besar susu pekat manis

Bahan D

  • 125 ml air panas

Cara-cara :

  1. Ayak kesemua bahan A. Ketepikan.
  2. Pukul bahan B sehingga gebu dan putih.
  3. Masukkan bahan C. Pukul sebati.
  4. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit. Gunakan kaedah kaup balik.
  5. Masukkan bahan D. Kacau sebati.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang yang beralas kertas minyak.
  7. Bakar selama 60 minit pada suhu 180°C.

Siap untuk dihidangkan.. Korang boleh tambah apa-apa topping kegemaran. Kalau nak buat topping coklat boleh guna resepi kat bawah ni.

Bahan untuk Topping Coklat:

  • 250 gm coklat masakan
  • 1 sudu besar butter
  • 3/4 cawan UHT whipping cream *boleh gantikan dengan susu cair tapi Whipping Cream lagi sedap.

Cara-cara :

  1. Cairkan coklat secara double boiled.
  2. Masukkan butter. Kacau sebati.
  3. Masukkan whipping cream sedikit demi sedikit sehingga dapat kepekatan yang sesuai.
  4. Tuang ke atas kek coklat yang telah disejukkan.

Sila nikmati gambar yang menyelerakan kat bawah ni ok.. Hihi.. Ada apa-apa komen atau soalan boleh tulis kt ruang komen kat bawah.. Selamat mencuba ! !

kek coklat kek coklat kek coklat


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

14 Comments »

Leave a Reply