Tepung Kek (Cara buat tepung kek)

Assalamualaikum. Tepung kek adalah tepung yang mempunyai kandungan gluten yang lebih rendah dengan terdapat sedikit tepung jagung didalamnya. Di dalam tepung kek tidak terdapat serbuk penaik dan garam. Berbeza dengan tepung naik sendiri yang mempunyai bahan penaik dan garam di dalamnya. Jadi, jangan keliru dengan perbezaan 2 jenis tepung ni.

Banyak resepi yang pernah saya buat sebelum ni menggunakan tepung kek. Dan ramai pula yang bertanya di mana nak dapatkan tepung kek ni. Tepung ini juga dikenali sebagai tepung superfine. Kalau di pasaraya, tepung kek@tepung superfine ni boleh didapati dibahagian yang menjual barang-barang baking. Selalunya dibungkus di dalam kotak.

Tapi kalau untuk kegunaan yang sikit, sebenarnya tepung kek boleh dibuat sendiri di rumah. Dengan hanya menggunakan tepung gandum dan tepung jagung, kita boleh menghasilkan tepung kek sendiri.

Dalam video ni saya cuma membuat sukatan 1 cawan tepung. Kalau nak guna lebih banyak, boleh gandakan adunan tepung. Nak buat lebih-lebih pun tak apa sebab tepung ni boleh disimpan lama. Buat banyak-banyak lain kali senang nak guna. Hehe.

Sebelum belajar untuk bab baking, elok la kita tahu serba sedikit tentang jenis-jenis tepung untuk yang ada kat pasaran tu. Hehe. Apa-apa pun jom kita tengok dulu video yang saya sediakan kat bawah ni. Jangan lupa subscribe YouTube Channel kami tau.

Bahan-bahan tepung kek:

  • 125 gm tepung gandum
  • 2 sb tepung jagung

Cara-cara:

  1. Sukat 125 gm tepung gandum. (125gm bersamaan 1 cawan tepung)
  2. Kelaurkan 2 sb besar tepung gandum tadi.
  3. Kemudian masukkan 2 sb tepung jagung ke dalam tepung gandum.
  4. Ayak 3-5 kali untuk mendapatkan tepung yang halus dan ringan.

tepung kek
tepung kek
tepung kek

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo



5 Replies to “Tepung Kek (Cara buat tepung kek)”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.