Masak Lemak Cili Api Sardin dengan Kangkung

Assalamualaikum. Masak lemak cili api sardin dengan kangkung. Dengar tajuk pun dah rasa melelehkan.. ?? Pernah dengarkan orang masak lemak sardin? Kali ni saya nak kongsikan resepi mak saya. Masak lemak sardin dia special sikit sebab letak kangkung. Ni salah satu masakan kegemaran arwah abah saya dulu. Kalau makan ni memang teringat kat arwah abah. How I miss the moment. Harap siapa yang baca ni boleh sedekahkan Al-fatihah untuk arwah abah.

OK berbalik kepada resepi tadi, kalau korang dah boring dengan masakan sardin yang tumis macam biasa tu, boleh la cuba masak lemak sardin ni pulak. Kalau tak suka kangkung pun bole ganti dengan bahan lain macam kentang atau tomato. Tak letak apa-apa pun dah sedap dah.. Tapi bagi saya, letak kangkung menang the best! ! Hehe. Sama macam masak lemak cili api yang lain, cuma lauk tu gantikan dengan sardin dan tambah kangkung.. Senang je kan? Ok jom tengok resepinya..

Bahan bahan:

  • 1 tin ikan sardin (tin sederhana)
  • 2 cawan santan (anggaran)
  • Garam secukupnya
  • Sedikit air limau
  • Kangkung

Bahan tumbuk:

  • 8-10 biji cili api (boleh tambah@kurangkan)
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1 biji bawang besar
  • 2-3 ulas bawang putih

Cara cara:

  1. Masukkan santan dan bahan tumbuk dalam periuk dan masak kuah sampai hampir mendidih.
  2. Gunakan api dapur yang sederhana dan kacau sentiasa supaya kuah masak secara perlahan-lahan dan tak pecah minyak.
  3. Masukkan sardin dan kuahnya sekali. Kacau sebati.
  4. Masukkan air limau dan perasakan dengan garam secukupnya. Seimbangkan rasa.
  5. Akhir sekali masukkan kangkung. Kacau sebentar sehingga kangkung lembut.

OK siap untuk dihidangkan. Peminat sardin patut cuba resepi ni. Sekali cuba mesti nak lagi..???

masak lemak cili api sadin dengan kangkung masak lemak cili api sadin dengan kangkung masak lemak cili api sadin dengan kangkung


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Leave a Reply