Potato Fritters (Cucur Kentang) Rangup

Assalamualaikum. Hujung minggu lepas saya balik ke rumah mertua. Rutin biasa setiap 2@3 minggu sekali balik jenguk keluarga. Dekat Klang je..sebab tu boleh balik selalu..hehe. Lagi pun sementara masih ada lagi ibu bapa kita ni baiklah kita jenguk-jenguk dorangkan. Sambil dorang pun nak tengok anak cucu. Setiap kali balik ke Klang memang saya akan beli barang-barang dapur dengan mak mertua. Mak mertua pulak beli barang-barang untuk warung dia. Al kisahnya masa suami saya angkat semua barang-barang tu, dia terbawak balik pulak kentang yang mak mertua saya beli. 1 plastik besar 3kg. Saya nak buat apa la dengan kentang banyak macam tu. . ??

Daripada kisah kentang 3kg ni la saya harijadi asyik fikir menu apa yang sedap untuk dibuat daripada kentang ni. Kalau asyik menu yang sama boring jugak kan. Lagipun kat rumah ni berdua je yang makan. Anak-anak kecik lagi tak makan banyak sangat pun. Kebetulan pulak sejak dua menjak ni saya asyik ternampak viral potato fritters di Facebook. Nampak menarik dan sedap. Saya pun nak cuba jugakla.. Bahan dan cara nak buatnya pun senang je. Memandangkan semua bahan-bahan dah ada kat rumah, jadi hari ni kita belajar buat potato fritters pulak ok. Ni la sesi menghabiskan kentang 3kg. Haha. .

Sebelum tu tengok la dulu video kat bawah ni. Ada cara-cara nak buat potato fritters. Lagi senang nak buat nanti kalau tengok tutorial..

Bahan-bahan :

  • 3 biji kentang
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Daun bawang/kucai/sup (saya guna kucai)
  • Serbuk Lada sulah secukupnya
  • Garam secukupnya

Cara-cara:

  1. Sagatkan kentang. (jangan terlalu halus)
  2. Satukan kentang yang telah disagat dengan kesemua bahan. Gaul sebati.
  3. Panaskan sedikit minyak masak.
  4. Sudukan kentang ke dalam minyak panas dan leperkan untuk mendapatkan kentang yang rangup.
  5. Balik-balikkan dan tunggu sehingga garing. Angkat dan toskan.

OK siap.. Tak rugi korang cuba sebab memang sedap rangup. ?? Oh ye. . Sesiapa yang ada idea menu apa yang patut saya cuba dengan kentang yang banyak kat rumah ni boleh tulis kat komen ok. . Tq. .  ??

potato fritters

potato fritters

potato fritters


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Leave a Reply