Karipap Kentang Ayam menggunakan Puff Pastry

Assalamualaikum..

Entry kali ni saya nak kongsikan resepi karipap kentang yang mudah. Sebab apa mudah? Sebab tak perlu buat kulit karipap. Hehe. Karipap Kentang ni saya gunakan puff pastry segera aje untuk dijadikan kulitnya. Kalau sesiapa yang tak berapa mahir nak buat kulit karipap yang macam biasa tu boleh la gunakan puff pastry ni sebagai ganti kulit karipap. Lebih mudah dan senang. Rasanya dah tentu lain daripada karipap biasa tapi yang pastinya rasa dia memang sedap dan rangup sama macam puff yang dijual di kedai-kedai roti.

Puff pastry ni boleh dibeli di pasaraya-pasaraya seperti Aeon Big, Giant, Tesco dan lain-lain. Kalau tak jumpa puff pastry pun korang boleh gunakan prata puff yang lebih mudah didapati. Harga pun lebih murah berbanding puff pastry. Rasa dia pun lebih kurang jugak.

Selain daripada inti kentang ni, korang boleh buat inti lain seperti sardin yang pernah saya kongsikan resepinya disini. Kalau suka inti yang manis-manis boleh cuba buat inti apple seperti apple pai. Tapi saya belum pernah buat lagi. Lain kali bila dah buat saya akan kongsikan resepinya kat sini ok..

Sebelum cuba buat karipap ni korang boleh tengok dulu video resepinya kat bawah ni ok.. Confirm membangkit selera.  😋😋

Bahan-bahannya:

  • Puff Pastry Segara

Untuk Inti:

  • 2 biji kentang
  • Segenggam ayam (dipotong kecil)
  • 1 biji bawang besar (didadu)
  • 3 ulas bawang putih (didadu)
  • 2 sudu besar serbuk kari (bancuh dengan sedikit air)
  • sedikit garam
  • sedikit gula
  • serbuk cili (optional jika nak pedas. Boleh bancuh sekali dengan serbuk kari)
  • daun sup/daun bawang (jika suka)

Untuk Sapu:

  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar susu segar
  • *campurkan bahan ni dan pukul sebentar

Cara-cara:

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. (kalau ada daun kari boleh tumis sekali) 
  2. Masukkan serbuk kari. Kacau sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam. Kacau sehingga ayam setengah masak.
  4. Masukkan kentang. Tambahkan air secukupnya.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Kacau dan biarkan sehingga kentang lembut dan airnya kering.
  7. Angkat dan ketepikan.
  8. Potong puff pastry kepada 4 bahagian.
  9. Letakkan inti kentang separuh bahagian roti. Lipatkan roti segi tiga.
  10. Rapatkan keliling roti supaya inti tak terkeluar semasa membakar. Boleh guna garfu.
  11. Sapukan telur di atas roti supaya roti nampak cantik kekuningan setelah dibakar.
  12. Letakkan roti di atas dulang pembakar. Sapukan mentega di atas dulang terlebih dahulu atau letakkan kertas pembakar.
  13. Bakar roti di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160° selama 30 minit @ sehingga roti kekuningan.

Siap untuk dimakan. Sila nikmati gambar-gambar potato curry puff yang menyelerakan kat bawah ni ok..

 


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments