Prata Puff Sardine

Assalamualaikum..

Hari ni nak membakar roti prata. Selalu bakar atas kuali je cicah sambal. Hari ni bakar dalam oven jadi puff yang gebu gebas.

image

Actually puff ni bole buat macam2 inti. Inti kentang ke ayam ke daging ke sayur ke sambal ke.. tapi kali ni saya nak share resepi puff sardin. Simple je.. sardin ni pun bole buat macam2 rasa ikut kegemaran masing2.

image

Ha ni puff pastry yang saya guna. Jenama kawan. Ada 5 keping kat dalam ni. Bentuk dia segi empat sama. 1 keping tu boleh potong 2. So boleh la dapat 10 puff. Makan 1 pun dah kenyang sebab besar. Ok jom kita tengok resepinya…

Bahan-bahannya:-

  • Roti prata instant

Untuk Inti:

  • 1 tin sardin
  • 1 biji bawang besar-didadu
  • 5-6 biji cili padi-dihiris (tambah jika suka pedas)
  • 1 biji limau kasturi
  • 1 biji kentang-didadu
  • garam
  • serbuk perasa

Untuk Sapu:

  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar susu segar

*campurkan bahan ni dan kacau rata

Cara-cara:

  1. Tumis bawang dan cili padi sehingga naik bau.
  2. Masukkan kentang. Biarkan sedikit lembut.
  3. Masukkan sardin. Hancurkan sedikit isi sardin.
  4. Perah limau. Akhir sekali perasakan dengan garam dan bahan perasa. Gaul sehingga masak. Biarkan sardin sedikit kering supaya senang nak letak di atas roti. Ketepikan.
  5. Potong roti prata kepada 2 bahagian. (Potong 3 segi).
  6. Letakkan inti sardin separuh bahagian roti. Lipatkan roti.
  7. Rapatkan keliling roti supaya inti tak terkeluar semasa membakar. Bole guna garfu.
  8. Sapukan telur di atas roti supaya roti nampak cantik kekuningan setelah dibakar.
    image
  9. Letakkan roti di atas dulang pembakar. Sapukan mentega di atas dulang terlebih dahulu atau letakkan kertas pembakar.
  10. Bakar roti di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160° selama 30 minit @ sehingga roti kekuningan.

Siap untuk dimakan.

img_1911
Ha nampak kegebuan roti itu. 😄😄

Ok selamat makan!! Sebarang pertanyaan boleh komen kat bawah ye kengkawan. 😄


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments

1 Comment »

Leave a Reply