Pau Gebu Dan Lembut

Assalamualaikum.. Hari ni kita mengepau pulak.. Pau kegemaran sekeluarga. Disebabkan suami saya suka makan pau kaya, dengan semangatnya dia membeli kaya sebab nak request pau kaya untuk minum petang ni. Haha..

blogger-image--2100056775
Saya suka kaya yeo’s ini

Selalunya saya gunakan kaya Yeo’s. Tapi kena simpan kat dalam peti ais dulu beberapa jam supaya kaya ni keras sedikit. Senang nak masukkan dalam doh nanti. Kalau buat pau kacang merah, saya beli inti kacang merah yang dah siap2 dijual di bakery. Senang.. hehehe.. tapi kalau buat inti kacang merah sendiri lebih sedap. Yang tu nanti saya buat post yg lain cara2 untuk buat inti kacang merah.

Buat pau kali ni, saya guna tepung rose. Selalunya tepung rose ni digunakan untuk buat biskut. Tapi boleh jugak digunakan untuk buat kek@kuih macam kuih pau ni. Pau akan jadi lebih lembut walaupun dah sejuk.

blogger-image-1214755386
Ini lah pau gebu yang terhasil

Bahan-bahan:

  • 3 sudu besar minyak masak
  • 2 cawan tepung gandum/tepung pau/tepung superfine
  • 1 sudu besar yis
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 cawan air suam
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil bread softener (optional)

Cara-cara:

  1. Bancuh gula dalam air suam hingga larut. Masukkan yis sekali dan biarkan seketika hingga air nampak berbuih.

    blogger-image--499956474
    Biarkan yis berbuih macam ni
  2. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas besar. Gaul bersama susu pekat, minyak masak, garam dan juga bread softener.
  3. Masukkan campuran yis tadi sedikit demi sedikit. Uli sehingga doh kenyal dan licin. Pastikan doh tidak melekat pada tangan dan tepi mangkuk.

    blogger-image--685235577
    Dah siap uli
  4. Rehatkan doh sekejap. Lebih kurang 10-15 minit.

    blogger-image-1821709098
    Macam ni la rupa bila dia dah kembang
  5. Leperkan doh dan masukkan inti. Tutup inti dengan rapat.
  6. Alaskan doh dengan daun pisang@plastik@kertas minyak. Perap lagi doh lebih kurang 30 minit sehingga mengembang elok.
  7. Bila dah kembang, kukus selama 10 minit. Pastikan kukus dipanaskan terlebih dahulu.

 

blogger-image-1897076751
Hasilnya! Pau yang sangat gebu dan lembut
Untuk sebarang pertanyaan boleh la komen kat bawah ni. Saya akan reply secepat yg mungkin.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments

Leave a Reply