Assalamualaikum dan hi semua. Hari ni saya nak kongsikan cara untuk membuat resepi cendol kampung yang diajar oleh emak saya. Selalunya cendol ni kita beli je kan sebab rasa susah nak buat. Tapi kali ni korang boleh cuba buat sendiri dekat rumah sebab cara untuk membuat cendol ni sebenarnya senang je. Bahan-bahannya pun mudah je nak cari. Kalau korang takde acuan untuk menekan atau meneran cendol ni jangan risau, boleh guna tapis biasa je. Tak perlu ada peralatan yang khusus pun. Kalau buat sendiri, boleh kurangkan campuran air kapur di dalam adunan cendol. So kita punya cendol takde rasa kapur yang kuat dan akan jadi lebih sedap. Selamat mencuba.
Tapi sebelum korang cuba buat cendol kampung ni, apa kata korang layan dulu video yang saya kongsikan kat atas ni supaya senang faham cara penyediaan dan membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest resepi dan boleh tengok video menarik, senang dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.
Bahan-bahan untuk cendol:
- 1 Cawan Tepung Beras
- 1 Sudu Besar Tepung Ubi
- 2 Cawan Air
- 1 Cawan Air Pandan
- 1 Sudu Kecil Air Abu
- 1 Sudu Kecil Air Kapur
- Pewarna Makanan
P/S: Kalau tak ada air abu, boleh gandakan sukatan air kapur menjadi 2 sudu kecil.
Bahan-bahan untuk gula dan santan:
- Air
- 100gm Gula Kabung
- ½ Cawan Air
- 2 Sudu Besar Gula
- Santan
- Garam
- Susu Cair
Cara-cara untuk membuat cendol:
- Mula-mula sediakan kuali dan masukkan tepung beras, tepung ubi, air kosong, air pandan, air abu, air kapur dan pewarna makanan hijau. Kacau kesemua bahan dan pastikan ianya larut dan sebati sebelum di masak.
- Kemudian, masak adunan menggunakan api yang besar. Bila adunan dah semakin pekat boleh kecilkan api. Adunan perlu dikacau sentiasa supaya adunan tidak berketul dan hangit. Masak sehingga adunan mendidih dan meletop-letop. Angkat.
- Langkah seterusnya, masukkan air biasa atau air sejuk ke dalam bekas atau besen yang besar. Kemudian, ambil sedikit cendol yang masih panas tadi dan masukkan ke dalam tapis yang berlubang-lubang besar. Teran atau tekan cendol ke dalam bekas yang berisi air tadi menggunakan gelas yang tinggi dan lebar (boleh rujuk video). Sambil tu, boleh kacau cendol perlahan-lahan supaya tidak melekat antara satu sama lain. Buat sehingga adunan cendol habis. Ketepikan dahulu.
- Sementara itu, boleh sediakan air gula. Masukkan gula kabung, gula putih dan air secukupnya ke dalam periuk dan masak sehingga larut dan sedikit pekat. Angkat dan sejukkan.
- Seterusnya, untuk santan pula, masukkan santan segar yang telah diperah dengan air suam dan ke dalam mangkuk dan letakkan sedikit garam. Kacau sebati.
- Akhir sekali, boleh hidangkan cendol dengan air gula dan santan tadi. Siap! Sedia untuk dimakan.
Dapatkan Pes Masakan Keluaran Buat Orang Lapo
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo