Homemade Simple Pizza 

Assalamualaikum.. Entry kali ni saya nak share resepi homemade pizza. Senang je buat pizza ni. Resepi yang saya share ni pun resepi yang simple je. Hehe.. Apa yang bestnya homemade pizza ni of course la sebab boleh letak topping sesuka hati. Haha.. Silap-silap boleh jadi lagi sedap daripada pizza hut dan dominos. Kot-kot ada yang nak ambil resepi ni untuk buat jualan, saya halalkan. Hehe..

Apa yang penting buat pizza ni ialah dohnya. Pada saya, doh mesti kena lembut. Barulah pizza sedap. Untuk dapatkan doh pizza yang lembut, adunan mesti di uli lama. Lagi lama uli, lagi lembut dohnya. Kalau ada mesin penguli lagi bagus. Saya ni bercita-cita nak beli mesin penguli masih belum kesampaian lagi. Hehe. Harap-harap ada rezeki nanti nak beli mesin tu. Bukan apa..senang nak uli tepung-tepung nanti. Nak buat donut ke roti ke pizza ke..masuk je terus adunan dalam mesin. Kan senang tu.. 😉 Satu lagi untuk dapatkan doh yang lembut, pastikan yis kembang dan berbuih. Perap dia lama sikit pun takpa. Guna air suam-suam kuku. Jangan panas sangat sebab air panas boleh mematikan yis tu. Nanti doh pun tak nak jadi kembang.

Untuk topping pulak, korang boleh letak apa-apa topping kegemaran masing-masing. Dalam video kat bawah ni, saya guna sos spaghetti untuk sapu atas doh. Nak guna sos lain pun boleh. Ataupun nak lebih jimat boleh guna sos tomato. Untuk bahan lain-lain tu boleh la letak apa-apa pun. Cheese untuk tabur atas tu saya guna mozzarella dan cheddar. Mozzarella ni yang bagi effect cheese panjang-panjang tu bila tarik. Tu yang bagi nampak sedap tu. Hehe..

Ok sebelum buat tu jom layan dulu video kat bawah ni. Tapi kalau agak-agak korang tak berapa nak rajin buat doh pizza macam ni, boleh tengok resepi pizza yang lagi sempoi kat sini. Hehe.. Enjoy!!

homemade pizza

Bahan-bahan untuk Homemade Pizza

Bahan Doh Pizza :

  • 1/2 cawan air suam
  • 1 sudu besar yis
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 cawan tepung gandum (di ayak)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil pelembut roti
  • 2 sudu besar minyak sayuran atau minyak zaitun

Bahan Topping Pizza :

  • Sos spaghetti secukupnya
  • Cheese (saya guna cheddar dan mozzarella)
  • Bahan topping mengikut kegemaran masing-masing (sosej, pepperoni, capsicum, nenas, bawang, cili dan sebagainya)

Cara-cara :

  1. Bancuh yis dan gula bersama air suam. Biarkan sehingga berbuih (lebih kurang 15 minit).
  2. Di dalam bekas lain, gaul tepung bersama garam dan pelembut roti.
  3. Masukkan minyak dan air yis tadi. Uli sehingga menjadi doh (boleh tambah @ kurangkan air mengikut kesesuaian)
  4. Sapukan bekas besar dengan minyak. Perap doh lebih kurang 60 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  5. Bahagikan doh kepada dua bahagian. Canai doh menjadi leper dan masukkan ke dalam bekas pembakar yang sesuai.
  6. Sapu sos spaghetti secukupnya.
  7. Tabur topping dan cheese.
  8. Bakar selama 25-30 minit pada suhu 200°c atau sehingga masak.

homemade pizzahomemade pizzahomemade pizzawp-1494674542227.


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

3 Comments »

Leave a Reply