Ayam Panggang Sos Carbonara

Assalamualaikum… Hi semua.. pernah dengar @ makan ayam panggang dengan sos carbonara tak? Resepi ni sangat ringkas dan sedap sebab cuma perlu bakar ayam dan buat sos daripada sos carbonara segera. Hehe.. Dah lama saya jumpa resepi ni di Facebook dan dah beberapa kali jugak saya masak ni. Cuma baru sekarang berkesempatan nak update di blog dan buat video. Kalau tak silap resepi ni daripada lina pg. Thanks to her for this awesome recipe.☺ Tapi saya ada ubah sikit resepinya daripada yang asal ikut citarasa sendiri dan bahan yang ada kat rumah. Hehe.

Untuk resepi ni, saya guna sos carbonara jenama prego. Kalau nak buat sendiri sos carbonara pun boleh jugak. Tapi guna yang segera ni lebih cepat dan mudah. Bahan perapan ayam pulak terpulang la kepada citarasa masing-masing. Saya buat ringkas je. Ayam ni boleh di masak atas dapur biasa ataupun guna oven. Kalau korang tak ada oven, boleh je masak guna pan biasa. Cuma pastikan ayam di tutup semasa memasak dan gunakan api yang kecil supaya ayam tidak rentung.

Sebelum korang cuba buat resepi ayam panggang sos carbonara ni, jom tengok dulu video tutorial kat bawah ni. 😊😊

Bahan-bahan untuk Ayam Panggang Sos Carbonara

Bahan-bahan Ayam Panggang:

  • 1/2 ekor ayam
  • 1/2 kiub ayam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 inci halia (ditumbuk)
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil herba campuran
  • Sedikit minyak zaitun/minyak masak

Cara-cara:

  1. Gaulkan ayam dengan ke semua bahan perapan.
  2. Perap sekurang-kurangnya 1 jam.
  3. Bakar ayam pada suhu 200°c selama lebih kurang 1 jam atau sehingga masak. (jika menggunakan oven)

Bahan-bahan Sos Carbonara:

  • 1 tin sos carbonara (saya guna jenama prego)
  • 1/4 biji bawang holland (didadu)
  • 2 ulas bawang putih (didadu)
  • Sedikit minyak masak
  • Sedikit air
  • Garam secukupnya

Cara-cara:

  1. Tumiskan bawang holland dan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga naik bau.
  2. Masukkan sos carbonara dan tambah sedikit air (jangan terlalu cair).
  3. Biarkan mendidih dan perasakan dengan garam secukupnya.
  4. Setelah masak, tuangkan ke atas ayam yang telah dibakar tadi.

Nota:

  • Keringkan ayam dengan kertas tisu dapur supaya bahan lebih meresap.
  • Minyak boleh digantikan dengan butter supaya ayam tidak kering semasa di bakar.
  • Perap lebih lama untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.
  • Boleh bakar ayam guna oven ataupun kuali.
  • Boleh tambah perasa lain ke dalam sos seperti serbuk lada hitam, lada sulah, herba campuran dan sebagainya mengikut citarasa masing-masing.
  • Hidangkan ayam bersama sayuran, kentang putar, kentang goreng dan sebagainya.

ayam panggang sos carbonaraayam panggang sos carbonaraayam panggang sos carbonaradsc_6026-022040952042.jpeg


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

 

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.