Pai Susu

Resepi pai susu yang pernah viral suatu ketika dahulu. Sekarang baru nak buat. Hehe.. Sebab masa tu belum ada channel Buat Orang Lapo ni. Senang jugak la nak buat pai ni. Rasa pun sedap. Lebih kurang macam rasa tat telur. Resepi ni viral sebab boleh di masak menggunakan pan atas dapur biasa tapi dalam video ni saya masak menggunakan oven. So kalau tak ada oven, boleh la masak pai ni atas dapur biasa guna non stick pan.

Untuk resepi ni, saya buat base pai dan terus masukkan intinya. Tapi saya rasa lebih sedap kalau masak dulu sekejap basenya supaya lebih rangup. Kemudian baru masukkan intinya dan masak lagi. Sama macam cara nak buat tat. Cuma kalau tak berapa rajin, boleh je terus buat macam dalam video kat bawah ni. Lagi cepat. Hehe. Yang penting rasanya tetap sedap.

Jom tengok dulu video kat bawah ni untuk lebih senang faham macam mana cara nak buat pai susu ni.

Advertisements

Bahan-Bahan Pai Susu:

Bahan Crust:

  • 250 gram tepung gandum
  • 100 gram mentega
  • 1 biji telur

Cara-cara:

  1. Gaulkan tepung, mentega dan telur sehingga menjadi doh.
  2. Leperkan doh ke dalam loyang yang sesuai atau pan (kalau nak masak atas dapur biasa)
  3. Cucuk doh dengan garfu untuk membuang angin. Ketepikan.

Bahan Filling:

  • 1/4 cawan susu pekat
  • 3 biji kuning telur
  • 200 ml air
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:

  1. Kacau ke semua bahan hingga sebati. (adunan memang cair)
  2. Tuang ke dalam loyang tadi.
  3. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 180°c.

 

pai susupai susupai susupai susu


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.