October 28, 2020

Ayam Panggang bersama Sayuran Menu Sihat

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Korang masak apa untuk lunch hari ni? Saya nak kongsikan resepi ayam panggang bersama sayuran untuk entri kali ni. Ayam panggang ni permintaan anak lelaki saya sebab dia memang suka sangat makan ayam. Tak kira la masak apa pun asalkan masakan yang berasaskan ayam. Hehe.

Ayam panggang bersama sayuran ni dah banyak kali saya buat. Ayam panggang ni antara menu ringkas, sihat dan sedap untuk hidangan keluarga saya. Lengkap dengan karbohidrat, protein dan sayuran sebagai serat, sangat sesuai bagi sesiapa yang tengah berdiet tu. Hehe. Ayam panggang ni kalau makan kat luar boleh tahan jugakan harganya. Lebih-lebih lagi kalau family yang ramai mesti lagi banyak belanja. Kalau kita buat sendiri lagi jimat dan tentunya boleh makan berulang kali. Betul tak? Banyak juga resepi ayam yang pernah saya kongsikan sebelum ini, contohnya ayam kenny rogers roaster, ayam bakar mayonis, ayam madu bbq dan macam-macam lagi.

Untuk perapan ayam panggang ni saya gunakan bahan yang simple je. Bahan perapan dan sayur-sayuran boleh di tambah dan letak apa-apa bahan lain yang korang suka ikut selera masing-masing. Ayam juga boleh di perap semalam supaya bahan-bahannya meresap dan rasa ayam akan jadi lebih sedap apabila di bakar. Selamat mencuba.

Eh, tapi sebelum korang cuba buat ayam panggang bersama sayuran ini, apa kata korang layan dulu video yang saya kongsikan kat atas ni untuk senang faham cara membuatnya. Sambil tu boleh subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest resepi dan boleh tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa untuk like Facebook kami yea.

Bahan-bahan ayam panggang:

  • Ayam
  • 2 ulas Bawang Putih (ditumbuk)
  • 1 sk Garam
  • 1 sk Serbuk Lada Hitam
  • 1 sk Paprika
  • 1 sk Oregano
  • 1 sk Herba Campuran
  • 2 sb Madu
  • Minyak Zaitun

Sayur:

  • Lobak Merah
  • Kentang
  • Brokoli
  • Bawang Besar

Cara-cara membuat ayam panggang:

  1. Gaulkan ayam dengan bawang putih, garam, serbuk lada hitam, paprika, oregano, herba campuran dan madu.
  2. Perap ayam selama 2-3 jam (boleh perap ayam semalaman untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap).
  3. Masukkan sayur-sayuran ke dalam loyang atau dulang pembakar. Kemudian tambahkan paprika, lada hitam, sedikit garam dan gaul rata.
  4. Letakkan ayam yang di perap tadi di atas sayur-sayuran dan tuangkan sedikit minyak zaitun di atasnya.
  5. Bakar pada suhu 200°C selama 40-50 minit atau sehingga ayam masak. Siap!
ayam panggang
ayam panggang
ayam panggang
ayam panggang

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Nazatul Fairuz

Supermom kepada dua orang superhero yang super comel. Hehe. Suka memasak dan mencuba pelbagai resepi baru. Menulis blog untuk mengisi masa lapang dan berkongsi resepi yang sedap-sedap untuk semua para pembaca.

View all posts by Nazatul Fairuz →

Leave a Reply

%d bloggers like this: