Ayam Bakar Mayonis

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak sediakan ayam bakar mayonis yang sedap lazat menjilat jari gitu.. Haha.. Sedap tau resepi ni. Saya jumpa di Facebook. Dah la sedap, senang pulak tu nak buatnya. Masuk je semua bahan lepas tu perap dan bakar. Kan senang tu? Hehe.. Kalau yang tak ada oven tu boleh jugak bakar di atas dapur biasa. Bungkus dengan aluminium foil ataupun daun pisang supaya tak cepat rentung. 

Hero utama dalam bahan-bahan kat bawah ni ialah mayonis. Mesti la kan.. Kalau tak ada mayonis tu kena la beli mayonis dulu. Bahan yang lain tu boleh la tukar-tukar sikit ikut kesedapan tekak masing-masing atau pun ikut bahan apa yang ada kat rumah. ☺☺

Video pun ada saya sediakan kat bawah ni. Boleh tengok dulu sebelum mencuba. Tengok berapa senang dan mudahnya nak buat ayam bakar mayonis ni. Hehe..

Bahan-bahan :

  • 5-6 ketul ayam
  • 3 cm halia (tumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar gula perang
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Sedikit garam
  • 2 sudu besar mayonis
  • Butter@minyak

Cara-cara :

  1. Bersihkan ayam dan toskan.
  2. Gaulkan kesemua bahan kecuali butter bersama ayam sehingga rata.
  3. Perap ayam selama 4 jam atau semalaman. (Lagi lama lagi sedap)
  4. Alaskan loyang pembakar dengan aluminium foil.
  5. Susun ayam di atas loyang dan letakkan sedikit minyak atau butter di atasnya.
  6. Bakar selama 20-30 minit atau sehingga masak pada suhu 180°c.

Ok sila menikmati ayam bakar mayonis yang sedap lazat ni semasa panas.. Sedap…… 😋😋


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments

Leave a Reply