Tat Telur Portugis menggunakan Puff Pastry 

Assalamualaikum..

Antara makanan favorite yang selalu dan wajib saya beli kalau pergi bakery ialah tat telur. Naknya bila ada tat telur Portugis. Macam memanggil-manggil je masuk bakery. Haha.. Disebabkan suami pun suka sangat tat telur ni, dia pun suruh saya belajar buat sendiri. Maklum la nak beli selalu sangat pun harga boleh tahan jugakkan. Mana yang boleh jimat tu kita jimat la sikit-sikit. 

Bila search resepi tat telur Portugis ni, cara nak buat pastry dia agak leceh berbanding tat telur biasa. Tapi jangan risau sebab tat telur yang saya kongsikan ni tersangat la senang. Hehe.. Saya cuma gunakan puff pastry yang ready made. Pastry dah siap. Tinggal nak buta isi dalam je. Senangkan? Hehe. Puff pastry ni ada dijual kat pasaraya dibahagian makanan frozen. Rasa dia lebih kurang macam pastry yang dibuat sendiri jugak. Tapi kalau nak rasa yang lebih original mestilah kena buat sendiri pastrynya. Hehe. Next time saya ajar macam mana nak buat pastry sendiri pulak ok. Kali ni kita buat yang senang-senang je. Cepat dan sedap. ☺☺

Kalau nak tau lebih jelas cara nak buat tat telur Portugis ni, boleh tengok video yang saya sediakan kat bawah ni ok.

Bahan-bahan :

  • 350 ml susu segar (saya guna full cream)
  • 100 ml Whipping Cream (saya guna non-dairy)
  • 4 biji telur
  • 150 gram gula kastor
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Secubit garam
  • Puff pastry

Cara-cara :

  1. Panaskan oven pada suhu 170°c.
  2. Untuk membuat inti, masukkan kesemua bahan (kecuali puff pastry) ke dalam mangkuk besar.
  3. Kacau sehingga sebati dan tapiskan.
  4. Ambil puff pastry, tekap bulat.
  5. Gelekkan puff pastry tadi supaya tidak kembang berlebihan semasa dibakar.
  6. Masukkan puff pastry ke dalam acuan yang telah disapu marjerin.
  7. Tuangkan inti tadi ke dalam puff pastry.
  8. Bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak pada suhu 160-170°c.

Siap untuk dihidangkan. Bila dah sejuk, intinya akan turun sikit. Jangan risau sebab rasanya tetap sedap ☺☺.



Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments

2 Comments »

Leave a Reply