Ayam Panggang ala Kenny Rogers 

Assalamualaikum..

Siapa yang suka makan Kenny Rogers Roasters? Ha sedapkan? Tapi nak makan selalu sangat kat restoran tu mesti fikir 2 3 4 kali kan? Hehe.. Sebab harga yang agak mahal. Baru-baru ni saya ade pergi makan lat situ tapi rasanya portion ayam semakin kecil berbanding dulu. Mungkin untuk menjimatkan kos. So hari ni saya nak kongsikan resepi ayam ala Kenny Rogers ni. Dengan kos yang rendah, kita dapat makan ayam sesedap Kenny Rogers dan boleh buat selalu. Hehe.. 

Resepi ni saya dapat daripada Google. Ada banyak resepi ayam ala Kenny Rogers ni. Korang boleh la try yang mana-mana satu yang kena dengan selera masing-masing ok. Yang penting kena perap ayam ni lama supaya semua perapan tu betul-betul menyerap kat ayam. Nak perap semalaman pun boleh. Lagi bertambah sedap.

Nak buat ayam panggang ni memang sangat senang. Cuma perap dan bakar. Yang penting ade bahan-bahan asas. Kalau nak gantikan dengan daging pun bole jugak. Ataupun bole tengok resepi lambchop dengan black pepper sauce kat sini. Boleh gunakan resepi black pepper sauce ni untuk makan dengan ayam ala Kenny Rogers ni ok..

Sebelum tu jom layan dulu video ayam panggang ala Kenny Rogers kat bawah ni. Mesti menyelerakan.

Bahan-bahan :

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 biji bawang merah besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 2 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar herba campuran
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 kuib pati ayam
  • Sedikit mentega/minyak zaitun

Cara-cara :

  1. Tumbuk halus bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Gaulkan ayam bersama bahan yang ditumbuk dan semua bahan lain (kecuali minyak).
  3. Perap sekurang-kurangnya sejam. (lagi lama lagi sedap)
  4. Letakkan minyak atau mentega di atas ayam sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 200°C selama sejam atau sehingga masak.

Nota:

  • Boleh tambah minyak/mentega dan lebihan bahan perap setelah ayam dibakar 30 minit supaya ayam tidak kering.


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments

Leave a Reply