Blueberry Cheesecake (Kek Keju Blueberi) 

Assalamualaikum…

Resepi blueberry cheesecake ni saya ambil dari sebuah buku resepi kek yang di tulis oleh azlita aziz. Best buku dia sebab dia kek-kek yang dia buat nampak sangat sedap dan menyelerakan. Hehe.. So saya cuba buat salah satu resepi kek dia yang simple dan sedap tu. Kalau nak resepi yang lagi best boleh tengok blog azlita aziz ni. Macam-macam kek yang sedap dia ada buat.

Dalam resepi ni, saya gunakan loyang 8 inci. Jadi kek ni nipis sikit. Kalau nak kek lebih tebal, boleh guna loyang yang lagi kecik ok.. Kalau nak tengok cara saya buat kek ni, boleh tengok video kat bawah ni. Confirm tergoda.. Hehe.. ☺😅

Bahan-bahan A :

  • 300 ml susu segar
  • 6 keping keju cheddar
  • 3 biji kuning telur A
  • 110 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 110 gram mentega

Bahan-bahan B :

  • 3 biji putih telur
  • 90 gram gula halus

Bahan-bahan C :

  • Inti blueberi

Cara-cara :

  1. Panaskan susu dalam periuk dengan api perlahan sehingga timbul buah kecil.
  2. Masukkan keju. Kacau sehingga keju cair.
  3. Masukkan pula mentega. Kacau rata dan tutup api. Ketepikan.
  4. Pukul kuning telur sehingga berkrim.
  5. Tuangkan adunan susu tadi ke dalam kuning telur dan kacau rata.
  6. Masukkan tepung. Kau balik adunan sehingga rata.
  7. Dalam bekas lain, pukul telur sehingga berbuih.
  8. Tambahkan gula halus dan pukul lagi sehingga kental dan kaku.
  9. Masukkan putih telur tadi ke dalam adunan bahan A. Kaup balik sehingga rata.
  10. Masukkan 1 senduk ke dalam loyang.
  11. Masukkan inti blueberi ke dalam piping beg dan paipkan secara melingkar bulatan ke dalam loyang.
  12. Ulang proses yang sama sehingga habis.
  13. Bakar secara bath marie (waterbath) selama 60 minit.


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments

Leave a Reply