Apam Pisang Tanpa Telur Lembut dan Gebu

Assalamualaikum. Dah lama jugak rasanya saya tak update blog ni dengan resepi-resepi baru. Banyak resepi yang saya dah buat cuma belum ada masa nak update kat blog. Hehe.. Maklumlah sibuk dengan anak-anak dan preparation untuk sambut baby baru. Tapi dalam sibuk-sibuk tu pun makan tetap makan jugakkan. 😅😅 Jadi kali ni saya nak bawakan resepi apam pisang tanpa telur.

So, minum petang hari ni saya buat menu simple je iaitu apam pisang. Kebetulan ada beli pisang berangan masa balik ke rumah mertua weekend baru ni. Dah nampak masak dah pisang tu. Memang sesuai la nak buat apam ni. Selain pisang berangan, boleh jugak guna pisang lain seperti pisang emas. Apam pisang ni sangat mudah nak buat dan tidak menggunakan telur. Sesiapa yang tak boleh makan telur @ alergik dengan telur boleh cuba resepi ni. Walaupun tanpa menggunakan telur, apam ni tetap lembut dan sangat sedap.

Resepi ni saya ambil daripada Blog amie’s little kitchen. Cuma saya ada ubah sikit resepinya. Boleh rujuk di Blog amie’s little kitchen untuk resepi original. Kalau nak tengok resepi Buat Orang Lapo yang best-best, boleh subscribe YouTube Channel kami ok.. Ni linknya. youtube.com/buatoranglapo. Untuk resepi apam Pisang yang lembut gebu ni pulak, boleh tengok video kat bawah ni. ☺☺

Bahan-bahan untuk apam pisang tanpa telur:

  • 1 cawan pisang (dilecek)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan minyak jagung
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • Secubit garam
  • 1-2 biji pisang (hiris nipis untuk hiasan)

Cara-cara :

  1. Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat.
  2. Masukkan pisang lecek, gula perang dan secubit garam. Kacau sebati.
  3. Masukkan minyak jagung. Gaul sehingga rata.
  4. Tuang adunan ke dalam acuan kuih lompang atau apa-apa acuan pilihan.
  5. Letakkan hirisan pisang di atasnya sebagai hiasan.
  6. Kukus selama 15 minit.

Nota:

  • Jika menggunakan loyang besar, tambah masa mengukus. Lebih kurang 30 minit.

apam pisang tanpa telur

apam pisang tanpa telur

apam pisang tanpa telur

apam pisang tanpa telur


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments

Leave a Reply