Assalamualaikum. Kepada semua peminat brownies, hari ni saya nak kongsikan resepi brownies kedut yang mudah dan sangat sedap. Rasanya kalau bukan peminat brownies pun boleh jatuh cinta kot kalau rasa brownies ni. Heheh.. Brownies ni sangat moist kalau tak terlebih bakar. Cara buat pun sangat la senang nak simple. Tak perlu guna mixer pun. Guna senduk kayu yang ade kat dapur tu pun dah boleh buat dah brownies yang super sedap dan moist ni.
Kat bawah ni saya kongsikan sekali tips macam mana nak dapatkan kedutan kat atas brownies ni. Kalau nak lagi best, boleh tengok video yang senang untuk diikuti di bawah ni. Super easy ok!! Sambil-sambil tu jangan lupa untuk subscribe channel youtube kami.
Bahan-bahan untuk Brownies Kedut :
- 450 gram coklat masakan (saya guna dark coklat)
- 150 gram mentega
- 3 biji telur
- 150 gram gula perang
- 1 sudu kecil esen vanila
- 120 gram tepung naik sendiri
- 3 sudu besar serbuk koko
Cara-cara :
- Ayak tepung bersama serbuk koko. Ketepikan.
- Cairkan coklat bersama mentega.
- Dalam bekas lain, kacau telur, gula perang dan esen vanila sehingga sebati. (guna whisk)
- Masukkan coklat yang telah dicairkan tadi semasa coklat masih panas. Kacau sebati.
- Masukkan tepung dan serbuk koko ke dalam adunan tadi. Kacau sebati.
- Masukkan adunan ke dalam loyang. (panaskan oven terlebih dahulu)
- Bakar pada suhu 200°C selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180°C dan bakar lagi selama 30 minit atau sehingga masak.
Tips:
- Gunakan coklat yang berkualiti untuk menghasilkan kedutan yang lebih nyata.
- Bakar pada suhu yang tinggi pada 10 minit pertama untuk menghasilkan kedutan.
- Jangan bakar terlalu lama untuk mendapatkan brownies yang lembut dan basah (moist).
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo
As salam,,, first of all sya nak ucapkan terima kasih sbb share resepi yg mudah & sedap nie,,, sya da byk kali buat resepi nie utk family yg terdekat je,,, rata2 dia org ckp sedap sgt,,,thank u so much,,,
Wsalam. Alhamdulillah. Sama2. Terima kasih byk2 sudi mencuba dan bagi feedback ????
boleh tak buat dalam loyang 10inc?
Boleh jugak.
kna tukar suhu tak klu 10inc
Tak perlu. Tp kalau nak kurangkan sikit masa pun boleh sebab loyang besar brownies akan jd nipis. Kalau tak masak nnt boleh tambah masa.
akak, nak tya.. knapa lepas saya buat bila dia masak dia x flat ye? dia jadi timbul macam bukit sikit? or is it sebab saya guna api bawah ja? sbb guna oven gas.. btw tq share resepi 🙂
Mungkin jugak. Ataupun sebab suhu yang terlebih panas pun boleh sebab jd membukit. Sama2 ?
Dah try resepi ni. Tq sedap sgt tapi brownies saya rapuh dan tak moist kenapa ya? Sy bakar pada bhagian tgh oven. Api ats bwh. Suhu ikut mcm yg diberitahu.
Biasa la kalau bakar kek @ brownies sy letak tray paling bwh, api atas dan bawah. Letak tgh tu yg jd dekat dgn api atas yg menyebabkan brownies terlebih rapuh n kering. Ataupun boleh kurangkn sikit masa membakar. Next time boleh try lagi. TQ ye sudi mencuba ?
1st time buat menjadi gaisss, tapi ada rentung sikittt tepi brownies coz oven mama besar so kena adjust suhu dan masa tu. Yg dasat tu rasa tetap mantap dan rich choc tu wow. Haha
Semalam buat lagi tuk majlis adik tunang. Alhamdulillah perfect result bila dah adjust itu ini. Paling cepat habis dari antara kuih lain. Puas hati Led. Haha
Tenkiu atas resepi yg awesome ni sis. Lobiuuu ?
Alhamdulillah. Terima kasih sudi mencuba dan bagi feedback yang best ??
Api atas bawah atau mcm mana
Api atas dan bawah.
Assalam puan. Nk tye loyang tu puan guna saiz apa ya?
Waalaikumussalam. Sy guna loyang 8inci.
Assalamualaikum.. Terima kasih sgt share resepi ni.. Saya buat sekali masa tu, orang rase.. Lepas tu dia terus nak order… Then dia promote2.. Sampai lah order masuk tiap2 hari.. Dan alhamdulillah skrg makin ramai yg order, untuk majlis, tunang, kawen..Tq sangat ?.. Mintak halalkan ye kak ilmu dan resepi nya.. Semoga akak panjang umur,murah rezeki.. Harap dapat lah jumpe akak..
Waalaikumussalam..wah.. Alhamdulillah. Sama2. Happy sy dpt tlg awk. Semoga bisnes awk semakin maju. Sy halalkan? terima kasih doakan kami ? in sha Allah aamiin ??
Salam. Pakai loyang brapa inch ye?
Waalaikumussalam. Sy guna 8 inci.
Mentega as in planta tu ke or buttercup tu??
Mentega = butter.
Esit video guna apps apa ye ?
edit video guna apps apa ye ?
Assalam sis, nak tnya, utk brownies ni boleh ke klu ganti majerin kepada butter?
Wsalam. Boleh tp tak sedap sgt.
Assalamualaikum.tumpang tny,klau kita guna tepung gandum blh ke?
Waalaikumussalam. Boleh tp kena tambah baking powder and soda bikarbonat.
Assalamualaikum… Nk tnye saiz loyang yg cik guna
saya guna loyang 8 inci.
Waalaikumussalam. Saya guna size 8.
assalamualaikum. nak tanya. nak bakar kek nie letak pada rak bawah sekali ke tengah tengah?
Waalaikumussalam. Letak rak bawah sekali.
Salam… kenapa brownies saya walau dah bakar lbey 30 minit dalam dia mcm x masak, bila potong dia lembik ?. Apa salah saya? Terima kasih atas penerangan.
Waalaikumussalam.. bakar 10min dgn suhu 200c then continue terus bakar lg 30min tp turunkn suhu kpd 180c. So total masak 40min. Tp depends jugak pd oven. Mungkin sesetgh oven ambil masa lebih drp 40 min. Cucuk dgn lidi kalau nk tahu dah masak ke blm. Kalau masih melekat kat lidi boleh tmbh masa lg sikit. 30min mmg tak cukup utk brownies ni masak.
Guna api atas atau bawah buat brownies ni?
Bakar tu guna api atas @bawah?
Dua2 api atas dan bawah
Hi akak, nak tanya yang topping chocolate itu ada apa ingredients tak untuk hasilkan topping chocolate yang cair supaya boleh bubuh kat atas?
Hai.. boleh tengok topping coklat kat resepi kek hantu ni http://buatoranglapo.com/2016/10/03/chocolate-lava-cheese-cake/ . Kalau nak extra cair boleh lebihkan whipping cream.
Salam kak nak tnye. Coklat yg akak pakai utk topping tu dark coklat ke!?
Waalaikumussalam. Haah sy guna dark chocolate. Nk guna milk chocolate pn boleh. Ikut yg mane awk suka.
Kakak , brownies kalau kukus jadi tak ?
Tak pasti pulak. Sy tak pernah try. Cuba la.. kalau jadi bgtau la saya. Boleh sy buat jugak. Hehe.
sis pakai loyang brapa inci ye
8 Inci
Suhu tinggi yg 10 min pertama tu brp ye… Dlm 180 ok tk
Bakar pada suhu 200°C selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180°C dan bakar lagi selama 30 minit atau sehingga masak.
Assalam sis…kita jumpa lagi, tapi comment kat resepi lain pulak???
Saya dah try resepi brownies ni sis, puas hati saya kedut nya menjadi??? n sedap sis, tak berapa manis.. tqvm sis atas resepi dikongsi kan…
Waalaikumusalam.. Alhamdulillah menjadi. Sama2.. ??
Tq share resepi…sy dh cuba mmg sedap n moist…blh share tak resepi coklat cair tuk hiasan…klo tak boleh…
Untuk letak ats brownies ni saya cuma cair kn Coklat je. Tak tambah ape2 pn. Kalau nak buat utk topping kek, cairkan coklat, tambah butter n susu cair. Utk 1 kek lebih kurang 200g coklat, 2 sb butter. Susu cair sy takde sukatan. Ikut pekat mane yg kt nak. Masukkan sikit2. Kalau jd berketul2 masukkan je lagi susu cair tu sampai jd likat n licin. Nk best lg susu cair tu ganti dgn whipping cream.
Tq for the recipe…Sedap sungguh
sama2
Nmpk sdp.. nti bleh try..share resepi ya admin.. tq..
ok. tq share.