Apam Pandan Gebu Dan Lembut Seharian

Assalamualaikum dan hi semua. Kali ni saya nak kongsikan cara untuk membuat apam pandan yang mudah, lembut dan gebu. Apam pandan ni sesuai dibuat untuk makan sarapan pagi atau minum petang. Dalam resepi ni, saya kisarkan daun pandan untuk mendapatkan perasa dan aroma pandan yang asli. Kalau tak ada daun pandan, boleh juga gantikan dengan perisa pandan atau emelco pandan yang boleh dibeli dibakeri atau pasaraya. Dalam resepi ini, saya menggunakan susu Dutch Lady untuk membancuh adunan apam. Penggunaan susu Dutcy Lady ini akan menghasilkan apam yang sangat lembut walaupun apam telah sejuk seharian. Korang boleh cuba buat apam ni dan lihat sendiri hasilnya. Selamat mencuba!

Sebelum korang nak cuba buat resepi apam pandan ni apa kata korang tengok dulu video yang saya kongsikan kat atas ni untuk senang faham cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan jangan ketinggalan untuk lihat video yang menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan apam pandan:

  • 4-5 helai Daun Pandan
  • Air (secukupnya)
  • ½ cawan (125 ml) Air Pandan
  • 1 cawan (250 ml) Susu Dutch Lady + Protein
  • ½ sudu besar Yis
  • ½ cawan (100 gm) Gula
  • ¼ sudu kecil Garam
  • Pewarna Makanan (Hijau)
  • 2 cawan (250 gm) Tepung Gandum
  • Minyak
  • 1 cawan Kelapa Parut
  • ½ – 1 sudu kecil Garam

Cara-cara membuat apam pandan:

  1. Mula-mula kisarkan daun pandan dengan sedikit air untuk mendapatkan air pandan. Tapis air pandan dan sukat air pandan sebanyak 1/2 cawan.
  2. Tuangkan air pandan ke dalam mangkuk yang sesuai. Masukkan pula susu Dutch Lady, yis, gula, garam dan pewarna hijau. Kacau sebati kesemua bahan sehingga gula larut.
  3. Seterusnya, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga sebati. Perapkan adunan selama 1 jam.
  4. Sediakan acuan dan sapukan dengan sedikit minyak. Kemudian, masukkan adunan yang telah diperap tadi ke dalam acuan.
  5. Masukkan adunan ke dalam pengukus. Pastikan air kukusan mendidih terlebih dahulu sebelum mengukus adunan. Kukus adunan selama 20 minit atau sehingga masak menggunakan api sederhana.
  6. Sementara itu, sediakan kelapa parut dan campurkan dengan sedikit garam. Kukus kelapa parut lebih kurang 5 minit supaya lebih tahan lama.
  7. Setelah apam masak, keluarkan dari acuan dan hidangkan bersama kelapa parut tadi. Siap! Sedia untuk di makan.

Tips:

  • jangan perap apam terlalu lama untuk mengelakkan apam mendap selepas dikukus.
  • kukus menggunakan api sederhana besar supaya apam tidak merekah.
  • jika menggunakan loyang yang besar, kukus lebih kurang 40 minit.
  • kukus kelapa sekejap supaya kelapa tahan lama dan tak cepat basi.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo