Kek Oreo Kukus 3 Bahan Paling Cepat Dan Mudah

Assalamualaikum. Hai semua. Kali ni saya cuba buat resepi kek yang sangat mudah iaitu kek Oreo dengan hanya menggunakan 3 bahan iaitu biskut Oreo, serbuk penaik dan juga susu. Pada mulanya saya juga tak percaya yang biskut Oreo boleh dijadikan kek.. Tapi dengan hanya menggunakan 3 bahan ini sahaja dah cukup untuk membuat kek menjadi sedap, gebu, lembut dan moist. Dan yang paling penting ianya anti gagal. Pada korang yang baru-baru nak cuba belajar buat kek tu, saya sarankan korang cuba buat kek oreo ni. Hehe.. Kek Oreo ni boleh dikukus ataupun dibakar terpulang pada selera masing-masing. Selamat mencuba!

Kalau korang nak senang faham cara penyediaan dan langkah-langkah untuk membuat kek Oreo ni, korang boleh tengok video yang saya kongsikan kat atas ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest recipe dan tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa follow dan like Facebook kami yea.

Bahan-bahan untuk kek Oreo:

  • 2 bungkus (266 gm) Biskut Oreo
  • ½ sudu besar Serbuk Penaik
  • 1 cawan (250 ml) Susu Coklat

Topping (optional)

  • 150 gm Coklat Kompaun
  • ¼ cawan (50 ml) Susu Penuh Krim

Cara-cara untuk membuat kek Oreo:

  1. Kisar kering biskut Oreo sehingga halus.
  2. Kemudian, masukkan biskut ke dalam mangkuk dan tambahkan serbuk penaik. Kacau rata.
  3. Seterusnya, masukkan susu coklat sedikit demi sedikit sambil kacau adunan sehingga sebati.
  4. Sediakan loyang yang sesuai dan oleskan dengan mentega dan alaskan dengan baking paper. Tuang kesemua adunan ke dalam loyang. Saya gunakan loyang 6 inci.
  5. Kukus adunan selama lebih kurang 30-35 minit atau sehingga masak. Pastikan air kukusan mendidih dahulu baru kukus adunan kek.
  6. Sementara itu, boleh sediakan toppingnya. Campurkan coklat kompaun dan susu penuh krim ke dalam mangkuk dan cairkan menggunakan kaedah double boiler ataupun boleh masukkan ke dalam microwave selama 2-3 saat.
  7. Setelah kek masak, sejukkan dahulu dan setelah kek sejuk, boleh la tuangkan topping dan hiaskan dengan biskut Oreo atau apa sahaja mengikut kreativiti masing-masing. Ok siap! Sedia untuk di makan.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo