Telur Gulung Korea Viral Yang Simple Tapi Sedap

Assalamualaikum dan hi semua. Untuk entri kali ni saya nak kongsikan salah satu resepi yang simple dan senang untuk disediakan iaitu telur gulung korea viral. Resepi telur gulung ni pernah menjadi viral di media sosial sebelum ni. Saya tak pasti kenapa telur gulung korea ni jadi viral, mungkin kerana telur gulung ni nampak menarik dan cantik sebab ianya digulung dan nampak berbeza dari telur goreng dadar yang biasa tu.

Actually, resepi telur gulung korea ni memang mudah sangat nak membuatnya. Bahan-bahannya juga tak banyak dan simple je. Cuma korang perlu tahu cara dan teknik untuk memasak dan menggulung telur goreng ini. Kalau korang tak pandai nak gulung, nanti telur korang jadi telur dadar biasa je, tak jadi la telur gulung korea! Dalam resepi ni korang boleh tambah apa-apa sayuran lain yang korang suka seperti kobis, brokoli, cili benggala dan sebagainya. Tapi pastikan korang cincang halus sayur-sayuran tu supaya senang untuk digulung semasa menggoreng nanti. Korang juga boleh tambahkan cili besar atau cili padi jika inginkan rasa yang pedas.

Semasa menggoreng telur ini korang juga boleh letakkan keju cheddar atau mozarella di atas telur sebelum menggulung telur ini untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap dan lemak. Telur gulung korea ni kalau makan macam tu je dengan mayonis dan cili sos pun dah sedap tau! Jadi korang kena buat resepi ni yea. Selamat mencuba!

Kalau korang nak senang faham cara membuat dan menggulung telur gulung korea ni, korang boleh tengok video yang saya kongsikan kat atas ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest recipe dan tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa follow dan like Facebook kami yea.

Bahan-Bahan Telur Gulung Korea:

  • Lobak Merah
  • Bawang Besar
  • Daun Sup
  • Telur
  • Garam

Cara-Cara Untuk Membuat Telur Gulung Korea:

  1. Potong dan cincang halus lobak merah, bawang besar dan daun sup. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan garam secukup rasa ke dalam mangkuk dan kacau hingga garam hancur sahaja. Tak perlu pukul sehingga kembang yea.
  3. Masukkan pula bahan-bahan yang dicincang tadi. Kacau sebati.
  4. Panaskan kuali non-stick dan sapukan sedikit minyak.
  5. Tuangkan sedikit telur tadi dan ratakan di atas keseluruhan kuali. Tuang telur nipis sahaja dan masak menggunakan api yang kecil supaya telur boleh masak sampai ke bahagian atas tanpa perlu diterbalikkan.
  6. Apabila bahagian atas telur dah nampak masak dan kering, boleh gulung perlahan-lahan.
  7. Gulung telur separuh sahaja dan tarik ke bawah sedikit supaya ada ruang untuk letak telur seterusnya. Boleh rujuk video.
  8. Kemudian, tuang lagi telur tadi, pastikan telur yang baru dituang bercantum dengan telur yang telah masak tadi. Masa ni boleh letak keju di atas telur jika suka.
  9. Selepas itu, tunggu lagi sehingga telur masak dan boleh gulung telur separuh dan tarik ke bawah. Jika kuali terlalu kering boleh sapukan sedikit minyak.
  10. Ulangi langkah di atas sehingga telur habis di masak.
  11. Apabila telur dah habis di masak, boleh angkat dan potong mengikut kreativiti masing-masing dan hidangkan. Siap!

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo