August 9, 2020

Serawa Durian & Masak Pulut Menggunakan Rice Cooker

Assalamualaikum. Hi semua. Apa khabar hari ni? Sekarang ni tengah musim durian, banyak betul durian yang di jual di tepi-tepi jalan dekat area rumah saya ni. Semalam, saya suruh suami belikan durian sebab teringin nak makan. Banyak juga suami saya beli durian, puas juga la kami anak beranak makan. Hehe. Tapi masih ada berbaki durian tu, so hari ni saya nak tunjukkan cara untuk buat serawa durian yang sangat senang dan sedap serta cara memasak pulut dengan menggunakan rice cooker.

Serawa durian adalah sejenis pencuci mulut yang seakan bubur durian. Cuma serawa durian ni lebih pekat berbanding bubur. Ada yang suka serawa yang berwarna putih, ada juga yang sukakan serawa berwarna coklat. Jadi terpulang kepada selera masing-masing sama ada nak gunakan gula putih mahupun gula kabung atau gula melaka. Tapi saya campurkan kedua-duanya gula sekali.

Serawa durian ni sesuai di makan bersama roti putih, roti jala ataupun pulut. Untuk memasak pulut, saya gunakan rice cooker sahaja kerana ianya lebih mudah, senang dan menjimatkan masa. Pada sesiapa yang tak ada pengukus tu tak perlu risau untuk memasak pulut yea! Guna rice cooker pun boleh. Hehe. So, apa tunggu lagi jom kita masak!

Selain serawa, terdapat pelbagai resepi lain yang saya pernah buat menggunakan durian seperti aiskrim durian yang sedap macam McD punya aiskrim, durian crepe dan durian goreng celup tepung dan sebagainya.

Eh! tapi sebelum korang nak masak serawa durian dan pulut ni, apa kata korang tengok dulu video yang saya sediakan kat atas ni untuk senang faham cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa follow dan like Facebook kami yea.

Bahan-bahan serawa durian dan pulut:

Bahan untuk pulut:

  • Air (untuk rendam pulut)
  • 2 cawan Beras Pulut
  • 1 1/2 cawan Air
  • 1/2 sudu kecil Garam
  • 1/2 sudu besar Gula
  • 1/2 cawan Santan Pekat

Bahan untuk serawa durian:

  • 10 ulas Durian
  • Daun Pandan
  • 2 sudu besar Gula Pasir
  • 40 gram Gula Melaka atau Gula Kabung
  • 1/2 sudu kecil Garam
  • 1 cawan Santan Pekat
  • 1 sudu besar Tepung Jagung (dibancuh dengan sedikit air)

Cara-cara untuk memasak pulut:

  1. Rendam pulut selama 30 minit.
  2. Toskan pulut dan masukkan ke dalam rice cooker dan tambahkan air.
  3. Masukkan gula dan garam secukupnya dan masak seperti biasa.
  4. Bila pulut dah separuh masak, masukkan santan dan gaul pulut tadi hingga rata dan sebati.
  5. Sambung lagi masak pulut di dalam rice cooker sehingga pulut betul-betul masak dan lembut.

Cara-cara untuk membuat serawa durian:

  1. Didihkan air, masukkan durian dan daun pandan. Masak sehingga durian lembut.
  2. Masukkan gula pasir, gula kabung, sedikit garam serta santan pekat. Kacau sehingga gula larut dan kuah mendidih.
  3. Akhir sekali, masukkan air tepung jagung untuk memekatkan kuah. Siap! Boleh didangkan bersama pulut tadi.
serawa durian
serawa durian
serawa durian
serawa durian

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
%d bloggers like this: