Roti Gulung Kari Ayam Yeo's

Roti Gulung Kari Ayam Yeo’s

Assalamualaikum.. Ramadan datang lagi, tentu ibu-ibu atau yang bujang pening kepala nak masak apa yang mudah kan? Balik kerja, kena hadap jalan sesak dan menyebabkan kekangan untuk menyediakan juadah yang berbaloi untuk dimakan buat berbuka. Pastinya kita semua memerlukan makanan yang sedap dan paling penting sihat. Jadi untuk memastikan kita semua mendapat yang #terbaikramadan , jom cuba resepi mudah dengan hanya tiga hingga empat langkah sahaja. Resepi mudah yang saya nak kongsikan hari ni ialah resepi roti gulung kari ayam Yeo’s yang rangup.

Roti gulung kari ayam Yeo’s ni saya sediakan bersama air Yeo’s campur sebagai menu berbuka puasa kami sekeluarga. Air Yeo’s campur ni ialah campuran air soya dan cincau Yeo’s yang sangat menyegarkan badan. Air keluaran Yeo’s ni memang menjadi kegemaran saya dan family sebab airnya dibuat tanpa bahan pengawet dan yang paling penting airnya kurang manis. Saya sangat suka air soya Yeo’s sebab terasa keaslian soyanya. Ditambah pula dengan kesegaran cincau. Memang tak cukup minum segelas. Hehe.. Ok sebelum kita buat roti gulung, jom tengok resepi Yeo’s campur ni dulu.

Bahan-bahan Yeo’s campur:

  • 1 liter air soya Yeo’s
  • 600 ml air cincau Yeo’s (2 tin )
  • Ais batu secukupnya

Cara-cara:

  1. Tuangkan 1 liter air soya Yeo’s bersama 600ml air cincau Yeo’s (2 tin) dan kacau.
  2. Campurkan ais batu. Sedia untuk diminum.

Roti Gulung Kari Ayam Yeo's

Ok berbalik kepada resepi roti gulung tadi, sebenarnya roti gulung crunchy ni memang menjadi kegemaran kami sekeluarga terutamanya anak-anak saya. Selalunya saya letak inti sardin atau sosej. Boleh pelbagaikan intinya mengikut kegemaran masing-masing. Kali ni saya memilih kari ayam Yeo’s untuk dijadikan inti roti gulung crunchy sebab penyediaannya lebih mudah. Kari ayam Yeo’s ni dah cukup rasa tanpa perlu menambah apa-apa perisa lagi dan ianya tak perlu di masak terlebih dahulu. Memang sangat cepat dan mudah untuk disediakan terutama untuk ibu-ibu yang bekerjaya. Balik kerja je terus boleh buat roti gulung kari ayam Yeo’s yang rangup ni untuk hidangan berbuka. Kuantiti bahan-bahan kat bawah ni terpulang kepada masing-masing. Kalau nak buat banyak, boleh gunakan kari ayam Yeo’s dalm tin yang besar.

Ok sebelum nak buat roti gulung kari ayam Yeo’s ni, jom tengok dulu video tutorial kat bawah ni.

Bahan-bahan roti gulung kari ayam Yeo’s:

  • Roti putih
  • Kari ayam Yeo’s
  • Bawang merah (didadu)
  • Cheddar cheese
  • Telur
  • Serbuk roti

Cara-cara:

  1. Asingkan isi kari ayam Yeo’s dan kuahnya.
  2. Hancurkan isi ayam. Kemudian gaul bersama bawang merah.
  3. Canaikan roti putih. Letakkan cheddar cheese dan juga isi ayam tadi. Kemudian, gulungkan.
  4. Salutkan roti ke dalam telur. Kemudian salut pula dengan serbuk roti.
  5. Goreng sehingga garing.

Roti gulung kari ayam Yeo’s siap untuk dihidangkan dan boleh dicicah bersama kuah kari ayam yang telah diasingkan tadi. Memang sangat menyelerakan dimakan semasa panas dan dihidang pula dengan air Yeo’s campur. Selamat mencuba.

Roti Gulung Kari Ayam Yeo'sRoti Gulung Kari Ayam Yeo'sRoti Gulung Kari Ayam Yeo's

Info lanjut

www.yeos.com.my atau hubungi 1300-80-2828


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Scroll to Top