Assalamualaikum.. Ramadan datang lagi, tentu ibu-ibu atau yang bujang pening kepala nak masak apa yang mudah kan? Balik kerja, kena hadap jalan sesak dan menyebabkan kekangan untuk menyediakan juadah yang berbaloi untuk dimakan buat berbuka. Pastinya kita semua memerlukan makanan yang sedap dan paling penting sihat. Jadi untuk memastikan kita semua mendapat yang #terbaikramadan , jom cuba resepi mudah dengan hanya tiga hingga empat langkah sahaja. Resepi yang saya nak sediakan kali ni ialah resepi croissant kaya Yeo’s.
Resepi croissant kaya ni hanya menggunakan 4 bahan yang ringkas sahaja. Tapi hasilnya cukup sedap dan menarik. Saya gunakan puff pastry segera untuk membuat croissant ni. Untuk kaya pula, semestinya saya menggunakan kaya jenama Yeo’s. Rasanya kaya Yeo’s ni kaya yang paling sedap yang pernah saya makan berbanding kaya yang lain. Memang sejak daripada saya kecik lagi mak saya memang menggunakan kaya Yeo’s ni untuk membuat apa-apa hidangan untuk keluarga kami. Bila dah besar ni memang tetap kaya Yeo’s la jadi pilihan saya. Hehe. Selalu memang ada stok kaya ni kat rumah sebab anak-anak saya suka makan roti sapu dengan kaya. Ataupun saya akan buat kuih kegemaran saya iaitu pau kaya. ?? Sebab dah selalu buat kuih pau, kali ni saya nak buat croissant kaya pula guna kaya Yeo’s ni.
Jom tengok dulu video tutorial macam mana nak buat croissant kaya Yeo’s yang simple dan sedap ni.
Bahan-bahan croissant kaya Yeo’s:
- Puff pastry
- Kaya Yeo’s
- 1 biji telur
- 1 sudu besar susu segar
Cara-cara:
- Canaikan puff pastry. Potong puff pastry bentuk segi tiga seperti pizza.
- Letakkan kaya Yeo’s di atas puff pastry dan gulung seperti bentuk croissant.
- Pukul telur bersama susu segar dan sapu pada permukaan pastry.
- Bakar pada suhu 180°c selama 30 minit atau sehingga kekuningan.
Mudahkan? Bau kaya Yeo’s yang wangi ni pasti membuka selera untuk berbuka nanti. Tambah pula dengan kesedapan air cincau Yeo’s yang menyegarkan. Dapat menyejukkan badan semasa berbuka puasa nanti. Selamat berbuka. ?
Info lanjut
www.yeos.com.my atau hubungi 1300-80-2828
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo