Pasta Sardin Yeo's

Pasta Sardin Yeo’s

Assalamualaikum. Ramadan datang lagi, tentu ibu-ibu atau yang bujang pening kepala nak masak apa yang mudah kan? Balik kerja, kena hadap jalan sesak dan menyebabkan kekangan untuk menyediakan juadah yang berbaloi untuk dimakan buat berbuka. Pastinya kita semua memerlukan makanan yang sedap dan paling penting sihat. Jadi untuk memastikan kita semua mendapat yang #terbaikramadan , jom cuba resepi mudah dengan hanya tiga hingga empat langkah sahaja. Alhamdulillah untuk beberapa hari puasa ni, saya masih lagi berkesempatan untuk berkongsi idea resepi yang ringkas untuk semua. Awal-awal puasa ni rasanya idea untuk masak berbuka dan bersahur masih banyak mencurah-curah. Hehe.. So hari ni saya nak kongsikan satu resepi sardin yang sangat mudah dan cepat disediakan iaitu resepi pasta sardin Yeo’s.

Resepi ni memang sangat sesuai dimasak bila kita kesuntukan masa untuk menyediakan juadah berbuka terutamanya untuk yang bekerja. Untuk resepi ni, saya menggunakan bahan yang ringkas je tapi hasilnya sangat sedap dan menyelerakan. Kombinasi Sardin Yeo’s yang sangat sedap dengan daun ketumbar kat dalam pasta ni pasti membuka selera untuk berbuka puasa nanti. Tapi kalau nak tambahkan bahan lain pun boleh ikut kesukaan masing-masing. Pasta pula boleh digantikan dengan bahan lain seperti spaghetti atau macaroni.

Kat dalam video dibawah ni saya tunjukkan secara ringkas cara untuk membuat pasta sardin Yeo’s yang sedap dan mudah ni. Jom tengok resepinya..

Bahan Pasta Sardin Yeo’s:

  • 150gm Pasta (direbus)
  • Sardin Yeo’s (tin kecil 155g)
  • 1 biji bawang besar (didadu)
  • 3 ulas bawang putih (didadu)
  • 1 tangkai cili merah (dihiris)
  • 1 biji tomato (didadu)
  • Daun ketumbar
  • Garam

Cara-cara:

  1. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili merah sehingga naik bau.
  2. Masukkan sardin Yeo’s. Kacau sehingga sedikit kering.
  3. Masukkan pasta yang telah direbus. Kacau rata.
  4. Akhir sekali masukkan tomato dan daun ketumbar. Perasakan dengan garam secukupnya.

pasta sardin yeo's

pasta sardin yeo's

pasta sardin yeo's

pasta sardin yeo's

pasta sardin yeo's

Pasta sardin Yeo’s sedia untuk dihidangkan. Mudahkan? Diminum pula bersama air teh krisantimum Yeo’s yang menyegarkan dan dapat menyejukkan badan semasa bulan puasa ni.

Info lanjut

www.yeos.com.my atau hubungi 1300-80-2828


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Scroll to Top