Cornflakes Madu Rangup

Assalamualaikum.. Lebih kurang lagi seminggu nak raya ni mesti semua orang sibuk dengan pelbagai persiapan rayakan? Mana nak cari baju raya sendiri, baju anak-anak, kuih raya dan sebagainya. Dah tentu perbelanjaan pun besar la jugakkan. Hehe. So hari ni saya nak kongsikan resepi kuih raya yang paling mudah untuk dibuat, paling sedap, paling laku masa hari raya nanti iaitu cornflakes madu rangup. Silap-silap tak sempat nak tunggu raya dah habis dah kuih ni. Hehe. Dan yang paling penting biskut raya ni sangat jimat. Tidak perlu kos yang tinggi untuk membuatnya.

Cara nak buat biskut cornflakes madu ni tersangat mudah. Tak perlu sukatan bahan yang terlalu tepat untuk membuatnya. Cuma jangan letak terlalu banyak madu supaya biskut tidak melekat pada paper cup apabila dibakar. Boleh juga disimpan terus di dalam peti ais setelah siap dimasukkan ke dalam paper cup tapi saya lebih suka bakar terlebih dahulu untuk menghasilkan cornflakes yang lebih rangup dan sedap. Masa buat biskut ni memang meriah anak-anak saya menolong. Maklumla biskutnya senang sangat nak buatkan. Hehe.. Seronok la dorang tolong sambil main-main. Boleh tengok tangan-tangan dorang kat dalam video ni. Semuanya sibuk nak menolong. Hehe.. Jom layan video kat bawah ni dulu sebelum buat biskut ni ok. Lepas tu boleh la subscribe YouTube channel kami.

Bahan-bahan cornflakes madu:

  • 300 gram cornflakes (6 cawan)
  • 100 gram madu (2/3 cawan)
  • 125 gram mentega
  • 1-2 sudu besar gula
  • Manik gula
  • Baking paper cup (cawan kertas)

Cara-cara:

  1. Cairkan mentega. Kemudian masukkan gula dan madu. Kacau sehingga sebati.
  2. Di dalam bekas lain, ramaskan cornflakes supaya hancur sedikit.
  3. Tuang madu tadi ke dalam cornflakes dan gaul rata.
  4. Masukkan cornflakes ke dalam baking paper cup yang kecil.
  5. Taburkan manik gula ke atas cornflakes tadi.
  6. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170°c selama 10 minit.

cornflakes madu

cornflakes madu

cornflakes madu

cornflakes madu

cornflakes madu


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.