Nasi Tomato Mudah

Assalamualaikum.. Hari ni jom kita belajar cara-cara buat nasi tomato pulak. Nasi tomato ni salah satu nasi kegemaran anak saya sebab nasi ni ada warna. Haha.. Selalunya dia memang suka makan nasi ni semata je tanpa lauk dan kuah sebab nasi ni dah ada rasa. Nampak macam kesian makan nasi saja tapi tu la favorite dia. Hehe.. Disebabkan nasi-nasi yang berperisa macam ni memang kesukaan anak-anak, saya cuba la belajar buat nasi tomato ni. So sekarang bila dan pandai sikit saya share pulak resepinya kat korang semua. Resepi ni saya ambil daripada buku masakan. Simple je sebenarnya nak buat nasi tomato ni. Bahan pun tak susah nak cari.

Nasi tomato ni selalunya sedap di makan dengan ayam masak merah dan juga acar mentah. Kalau nak buat ayam masak merah yang mudah boleh tengok resepinya kat sini. Ataupun boleh cuba buat ayam masak merah madu. Klik kat sini untuk resepi ayam masak merah madu. Rasanya lebih kurang macam ayam masak merah juga cuma ada sikit kelainan rasa madu tu. Lagi sedap. Hehe..

Kalau tengok video kat bawah ni, saya sediakan nasi tomato makan bersama ayam masak ros (gambar je. Hehe). Pun sedap jugak. Cuma saya belum berkesempatan nak buat video ayam masak ros ni. Insya Allah ada masa nanti saya akan update resepi ayam masak ros pulak. Sesekali kita pelbagaikan menu untuk nasi tomato ni sedap jugakkan.. Tak la boring sangat asyik makan yang sama. 😉

Ok jom tengok dulu video penyediaan nasi tomato kat bawah ni. Memang menyelerakan.. Hehe..

Bahan-bahan Nasi Tomato:

  •  2 sudu besar minyak sapi
  • 1 biji bawang besar (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • Sedikit cengkih, buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis
  • 1 helai daun pandan
  • 3/4 cawan tomato puri
  • 1 biji tomato (didadu)
  • 1/4 cawan susu cair
  • Air secukupnya
  • Sedikit garam
  • 2 cawan beras

Cara-cara:

  1. Cairkan minyak sapi kemudian tumis bawang bersama cengkih, buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
  2. Masukkan daun pandan, tomato puri dan jugak tomato yang didadu. Kacau sebentar.
  3. Masukkan pula susu cair dan air secukupnya (ikut kuantiti beras macam masak nasi biasa).
  4. Tambahkan sedikit garam. Tunggu sehingga mendidih.
  5. Masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan ke dalam periuk tadi. Kacau sedikit. Kemudian masak seperti biasa.

Nota:

  • Minyak sapi boleh digantikan dengan mentega@marjerin@minyak masak.
  • Tomato puri boleh digantikan dengan sos tomato (lebihkan sikit kuantiti)

nasi tomato

nasi tomato

nasi tomato

nasi tomato


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

6 Comments »

Leave a Reply