Cendawan Tiram Goreng Rangup

Assalamualaikum.. Entry kali ni saya nak kongsikan cara nak buat cendawan tiram goreng dengan bancuhan tepung goreng yang rangup. Selain cendawan tiram, boleh jugak guna cendawan yang lain. Bancuhan tepung ni jugak boleh digunakan untuk goreng bahan yang lain seperti bayam goreng, pisang goreng, keledek goreng dan sebagainya. Campuran tepung beras dan tepung jagung akan menghasilkan bancuhan tepung yang rangup berbanding tepung gandum. Kalau suka goreng-gorengan yang ragup, boleh cuba resepi ni. Hehe..

Sebelum saya teruskan resepi ni, saya tertarik nak share dengan semua kata-kata daripada Imam Syafie ni.. “Sesiapa yang menasihatimu sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu dikhalayak ramai,ia sebenarnya menghinamu” (Imam Syafie) Dizaman teknologi dihujung jari ni, macam-macam informasi yang kita boleh dapat sekelip mata samada yang baik ataupun yang buruk. Jadi, kita ni jangan la sibuk memberi nasihat secara kecaman kepada pesalah-pesalah yang mungkin banyak tersebar di internet zaman sekarang ni. Sebab selalunya kita tak tahu pun kebenaran cerita yang tersebar tu. Walaupun orang tu betul-betul bersalah, elok la kita bagi nasihat secara senyap kalau kita mampu seperti kata-kata Imam Syafie yang suruh kita memberi nasihat secara sembunyi. Supaya kita tak membuka aib seseorang tu. Rasanya elok kita guna media massa ni untuk sebarkan kebaikan daripada keburukan dan fitnah. Contohnya macam share resepi-resepi ni. Hehe.. Ni pun satu kebaikan jugak tolong orang lain untuk belajar memasak walaupun perkara ni nampak sangat kecil. Semoga semua yang membaca ni mendapat manfaat daripada resepi-resepi yang saya kongsikan. 🙂
Ok berbalik kepada resepi cendawan goreng ni, sebenarnya resepi yang saya kongsi kali ni simple je. Sesiapa pun boleh buat. Hehe.. Jom tengok video penyediaan kat bawah ni. Lepas tengok ni boleh la buat goreng-gorengan untuk minum petang. 😉

Bahan-bahan Cendawan Tiram Goreng Rangup :

  • Cendawan tiram
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam @ secukupnya
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/2 cawan air @ secukupnya
  • Minyak (untuk menggoreng)

Cara cara:

  1. Gaulkan tepung bersama telur, garam dan serbuk kunyit.
  2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga sesuai kepekatannya.
  3. Celup cendawan tiram ke dalam adunan tepung.
  4. Goreng di dalam dalam minyak yang panas sehingga garing.
  5. Angkat dan toskan.

Cendawan Tiram Goreng

Cendawan Tiram Goreng

Cendawan Tiram Goreng

Cendawan Tiram Goreng


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

1 Comment »

Leave a Reply