Apam Mekar Aiskrim Soda Gebu

Assalamualaikum.. Ini percubaan kali ke 3 saya buat apam mekar aiskrim soda ni setelah fail 2 kali. Hehe.. Sebenarnya bukan lah fail sangat. 2 kali saya buat tu apam jadi lembut dan sedap cuma dia tak jadi kembang merekah macam dalam video kat bawah ni. Percubaan kali pertama tak jadi mungkin sebab ovalette dah expired. Haha.. Memang dah lama beli ovalette tu. Sebab guna sikit-sikit je, so lama la boleh simpan. Bila nak guna hari tu saya lupa pulak nak tengok tarikh luputnya. Dengan confidentnya buat apam guna ovalette yang expired. Haha.. Percubaan kali ke2 pulak mungkin apam tu tak jadi mekar sebab air aiskrim soda yang saya guna dah dibukak sehari sebelum nak buat tu. Actually air aiskrim soda tu lebihan air yang 1st trial tu. Hehe.. Mungkin sebab gasnya dah kurang, apam pun tak berapa nak naik kembang mekar. So kesimpulannya kena guna bahan-bahan yang elok untuk buat apam mekar aiskrim soda ni.

Untuk percubaan kali ke3 ni saya beli semua bahan yang baru. Hehe.. Baru la apam menjadi lembut, gebu dan mekar cantik secantik bunga mekar di taman. Haha.. Air aiskrim soda yang saya guna untuk buat apam ni jenama F&N. Saya tak pasti jenama lain ok ke tak. Ada yang cakap tak berapa menjadi kalau guna aiskrim soda jenama lain. So lagi baik kita guna la jenama yang confirm jadi ni. Hehe. Lagi 1, pastikan air tu baru dibuka sebab air yang dah buka lama akan kurang gasnya. So mungkin apam pun tak berapa nak kembang merekah. Untuk telur pulak, kalau boleh guna telur yang elok atau baru. Telur ni pun boleh jadi penyebab kenapa apam kita tak menjadi. Menggunakan telur yang elok sangat penting terutamanya bila kita nak buat kek atau apam-apam yang gebu. Kalau guna telur yang lama mungkin ke boleh jadi mampat dan tak gebu. So pastikan bahan-bahan yang kita guna tu elok ye. 😉

Selain apam mekar ni, saya ada juga buat apam susu yang gebu dan sangat mudah. Boleh tengok resepi kat sini. Kalau nak cuba buat apam polkadot pun ada kat sini. Kesemua jenis apam ni menggunakan ovalette sebagai bahan untuk menjadikan apam ni lembut dan gebu. So boleh la buat macam-macam jenis apam bila dan beli ovalette tu nanti. Takda la guna sekali then simpan lama-lama sampai expired macam saya. Haha..

Ok jom layan dulu video yang best kat bawah ni. Lepas tengok ni boleh la cuba buat pulak ye.

Advertisements

Bahan-Bahan Apam Mekar Aiskrim Soda:

  • 1 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 1 cawan air aiskrim soda
  • 2 cawan tepung gandum

Cara-cara:

  1. Pukul gula, telur, ovalette dan esen vanila sehingga betul-betul kembang dan gebu.
  2. Masukkan air aiskrim soda dan pukul sebentar sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan kaedah kaup balik.
  4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pilihan.
  5. Masukkan adunan ke dalam bekas kecil (lebih kurang 3/4).
  6. Kukus 10 minit dengan api yang besar.

Nota:

  • Pastikan air kukusan mendidih terlebih dahulu.
  • Kukus dengan api yang besar.
Advertisements

apam mekar aiskrim sodaapam mekar aiskrim sodaapam mekar aiskrim sodaapam mekar aiskrim soda


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

7 Comments »

  1. Sy dh try buat resepi tu juga.tp xmjdi.so sy buat la resepi baru. 3 biji telur, 2 cwn gula,1 sudu bsr ovalete, 1cup esen vanilla, 3 cwn tpg and ,1 cwn aiskrimsoda.

    • Mungkin api tak cukup besar@letak dlm kukus terlalu rapat@air aiskrim soda yg dh kurang gas. Mcm2 faktor. 😊

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.