Apam Susu Pelangi Gebu

Assalamualaikum..

Apam susu pelangi yang gebu dan lembut untuk minum petang. Resepi ni saya jumpa kat Facebook. Ramai jugak yang share resepi yang sama dengan kejayaan apam masing-masing. Then saya pun try la jugak. Semudah ABC.. Hehe.. Bahan-bahan pun simple je. Guess what!! My husband loves it. Siap cakap nanti buat lagi.. hehe.. Ok let’s check it out..

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 4 sudu besar susu pekat
  • 4 sudu besar minyak jagung
  • 1 sudu besar ovalette
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik(baking powder)
  • pewarna ikut kesukaan

Cara-cara:

  1. Ayakkan tepung gandum bersama serbuk penaik. Ketepikan.
  2. Putarkan telur, gula, ovalette  dan esen vanila sehingga gebu. Lebih kurang 5 minit.apam susu pelangi gebu
  3. Masukkan susu pekat. Putar lagi.
  4. Masukkan pula minyak dan putar sehingga sebati.
  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dengan kaedah kaup balik menggunakan spatula sehingga sebati.apam susu pelangi gebu
  6. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Campurkan dengan warna kesukaan masing2. Saya bahagikan 3 bahagian. Letak warna biru dan pink. 1 bahagian lagi tak letak warna. Putih je.apam susu pelangi gebu
  7. Masukkan adunan ke dalam acuan secara berlapis-lapis. Sapukan mentega terlebih dahulu pada acuan. apam susu pelangi gebuapam susu pelangi gebu
  8. Kukus selama 40 minit.apam susu pelangi gebu

Siap dah! Saya confirm korang mesti suka resepi ni. Tunggu sejuk skit lepas tu dah boleh potong dah. Potonglah ikut kreativiti korang. Rasanya kepada yang nak buat bisnes kecil-kecilan boleh la kot buat apam ni. Senang je dan kos rendah. Dengan rasa apam yg sedap dan lembut tu confirm akan laku cam pisang goreng panas.

Untuk cara penyediaan yang lebih tepat boleh tengok video dibawah.


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments

Leave a Reply