Kuih Tokiaw

Assalamualaikum..

Selalu nampak kuih ni orang jual kat pasar makan. Sedap.. Tapi saya tak sure apa nama kuih ni. Tau makan je.. Hehe.. Ada inti kaya, kastard, kelapa.. Then bila nampak resepi kuih ni kat Facebook baru tau nama dia kuih tokiaw. Haha.. Ada jugak yang panggil kuih tokyo. Mungkin kuih ni berasal dari jepun agaknya kot. Ataupun kuih ni wujud sejak zaman jepun. Hehe..

Ok since dah tau resepi kuih ni, saya try la buat sendiri. Boleh makan banyak-banyak sampai puas. Heh. Yang ni saya letak inti coklat dan kaya. Kaya beli siap. Senang.. Hehe..

FullSizeRender 16 2.37.49 PM

Bahan-bahan:

  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan susu segar/susu cair
  • 1/4 cawan gula halus/gula perang
  • 1 cawan self raising flour/tepung kek
  • (* kalau guna tepung gandum, tambah 1/2 sudu kecik soda bikarbonat & 1/2 sudu kecik baking powder)
  • 1 sudu besar minyak jagung/butter cair
  • secubit garam

Cara-cara:

  1. Pukul gula dan telur sampai kembang menggunakan whisk.
  2. Kemudian masukkan semua bahan2 lain. Pukul lagi sampai sebati.
  3. * kalau nak senang, masukkan je semua bahan-bahan dalam blender.
  4. Masak guna kuali non-stick. Letak lebih kurang 2-3 sudu adunan tadi atas kuali. Bila dah keluar lubang-lubang, bole letak inti.FullSizeRender 18
  5. Bila bahagian bawah nampak warna keperangan sikit, boleh kapitkan dan angkat.

Yang ni pulak resepi untuk inti kastard kalau sesiapa nak buat..

Bahan kastard:

  • 1 cawan susu cair / susu segar
  • 2-3 sudu besar gula halus (ikut manis masing2)
  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • Sikit esen vanila
  • * boleh gantikan dengan esen pandan jika suka dan tambah sedikit pewarna hijau

Cara:

Campurkan semua bahan dan masakkan diatas api yang kecil sehingga cantik berkilat. Kena rajin kacau supaya tak hangit.

Ok dah siap.. Buat kecik2 dan comel.. Dapat banyak n senang nak makan. Sekali ‘ngap’ je..hehe..


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments

Leave a Reply