Puding Karamel

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak share resepi puding karamel. Selalunya puding karamel ni banyak dijual kat bazar Ramadhan semasa bulan puasa. Pergi mana-mana bazar Ramadhan mesti jumpa punya la puding ni kan.. Tapi macam biasala harga makanan kat bazar bukan murah. Apa kata kita belajar buat puding karamel ni sendiri sebab senang yang amat je sebenarnya buat puding ni. Jom kita tengok cara nak buat puding karamel yang sedap ni..

Bahan-bahan:

  • 7 biji telur
  • 1 tin susu pekat manis (saya kurangkan kepada 3/4 tin)
  • 1 tin susu cair
  • 400 ml air
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 8 sudu besar gula pasir (boleh tambah kalau nak kuah karamel banyak)

Cara-cara:

  1. Masak gula di dalam loyang bersama 2@3 sudu besar air. Ratakan gula di keseluruhan loyang supaya cepat masak. Gunakan api kecil supaya gula tak cepat hangus. Kacau gula sehingga bertukar warna keperangan sikit. Tutup api dan biarkan sejuk.
  2. Pukul telur sehingga hancur. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain dan kacau sehingga sebati. Tak perlu kacau terlalu lama.
  3. Masukkan adunan ke dalam loyang yang ada gula tadi. Kukus selama 40-45 minit.
  4. Bila dah masak, sejukkan puding sebentar dan masukkan ke dalam peti sejuk. Terbalikkan puding ke dalam mangkuk setelah sejuk.

Nota: kalau nak tekstur yang cantik licin, jangan pukul adunan terlalu kuat dan tapiskan adunan sebelum dikukus. Dan juga jangan gunakan api yang terlalu besar semasa mengukus.

Saya tak tapis sebab saya lebih suka tekstur yang berlubang-lubang. Lebih terasa nikmat karamelnya. Hehe.. Memang sedap kalau makan sejuk. Ok puasa tahun ni kita tak payah beli puding karamel lagi. 😅 boleh tengok cara buat puding ni kat video di bawah.


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments

Leave a Reply