Kek Butter Pelangi Guna Serbuk Santan

Assalamualaikum. Hari ni saya nak buat kek butter pelangi sempena hari lahir mak mertua yang ke 56. Rasanya tahun lepas saya buat kek coklat moist untuk dia. Buat surprise kek masa dia datang rumah. Hehe. Tapi sambut dengan family je. Tahun ni dah tak surprise dah sebab awal-awal lagi saya dah tanya dia nak kek tak. Haha.

Saya cari resepi kek yang simple dan sedap. Resepi kek butter pelangi ni saya ambil daripada Facebook azlina ina. Big credit to her sebab sangat baik hati nak share macam-macam resepi kek. Original resepi ni bole tengok dekat Facebook azlina ina sebab resepi ni saya dah gandakan. Nak cuba versi lain kek butter pelangi, boleh cuba resepi kat sini.

Kalau nak lagi mudah dan senang faham cara membuat kek butter pelangi yang menggunakan serbuk santan ni, boleh tengok video yang saya sediakan di atas. Kalau nak resepi lain yang lebih sedap, mudah dan best, jom subscribe YouTube Channel kami dan jangan lupa like Facebook kami yea.

Bahan-bahan kek butter pelangi:

  • 1 cawan butter
  • 1 cawan gula
  • 6 biji telur
  • 100 gram serbuk santan
  • 3 cawan tepung kek (tambah 1 sudu kecil baking powder kalau guna tepung gandum)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Beberapa pewarna ikut kesukaan
  • Badam – untuk hiasan

Cara-cara membuat kek butter pelangi:

  1. Putarkan gula, butter dan esen vanila bersama sampai kembang.
  2. Masukkan telur satu per satu. Putar sehingga sebati.
  3. Masukkan serbuk santan. Putar lagi sampai sebati.
  4. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Putar sehingga sebati dengan kelajuan yang perlahan.
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Letakkan pewarna kesukaan masing-masing.
    JPEG image-43CBFD6FE3D9-1
  6. Sapukan mentega di dalam loyang dan alas loyang dengan baking paper.
  7. Masukkan adunan ke dalam loyang secara berselang seli.
    JPEG image-EF09CE2018D7-1
    JPEG image-89C9D5050908-1
  8. Taburkan badam @ apa-apa hiasan kesukaan anda di atas kek.
  9. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 180° mengikut oven masing-masing.

Sedia untuk dinikmati. Kek ni memang gebu dan lembut. Rugi kalau tak cuba. Lagi sedap makan semasa panas. Makan 3-4 keping pun tak sedar. ? ok selamat mencuba..

Tgk video kat bawah ni untuk lebih faham cara untuk membuatnya.

Kek Butter Pelangi
kek butter pelangi
Kek Butter Pelangi
Kek Butter Pelangi

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

3 Comments »

Leave a Reply