Ayam Masak Merah Mudah 

Assalamualaikum. Hari minggu ni saya dan keluarga tak ke mana. Duduk rumah je sebab kakak saya sekeluarga nak datang ke rumah. Bila ada tetamu nak datang rumah, tuan rumah mesti la kena hidangkan makanankan.. Segan pulak kalau tak ada apa hidangan untuk tetamu walaupun sekadar air. ? Disebabkan kakak saya nak datang waktu tengah hari, jadi saya terus la buat hidangan untuk makan tengah hari. Sekali untuk keluarga sendiri.. Hehe. Saya pilih untuk buat menu simple dan senang je hari ni iaitu ayam masak merah. Resepi ni memang sangat mudah untuk disediakan. Resepi campak-campak bak kata orang tu.. ??

Resepi ni saya belajar daripada mak saya dulu masa awal-awal nak cuba-cuba masak sendiri sebab saya memang sangat suka dengan hidangan ayam masak merah ni. Terutama kalau makan dengan nasi tomato. Memang sangat ngam la nasi tomato dengan ayam masak merah ni. Kali ni saya nak tunjukkan ayam masak merah versi yang sangat mudah. Senang nak buat kalau tak ada banyak bahan kat dapur tu. Tapi kalau nak lebih sedap, boleh la tambahkan bahan-bahan lain seperti kacang peas, buah tomato atau lain-lain sebagai rencah ayam masak merah ni. Sebelum ni saya pernah kongsikan resepi ayam masak merah madu yang juga sesuai di makan dengan hidangan nasi tomato mahupun nasi putih. Boleh tengok resepinya disini.

Kat bawah ni saya ada sediakan video cara nak masak ayam masak merah ni. Boleh la tengok-tengok dulu sebelum nak masak nanti ye.. ??

Bahan-bahan Ayam masak merah:

  • 1/4 ekor ayam (potong kecil)
  • Bawang besar/holand (dihiris kasar)
  • Minyak (untuk menggoreng)
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 6-7 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 10-15 tangkai cili kering (dikisar)
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk kunyit

Cara-cara:

  1. Bersihkan ayam dan toskan. Perap bersama garam dan serbuk kunyit seketika.
  2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam separuh masak. (jangan terlalu garing) Angkat dan ketepikan.
  3. Buang sedikit minyak lebihan goreng ayam tadi. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
  4. Masukkan sos tomato dan sos cili. Kacau sebentar.
  5. Tambahkan garam dan gula. Seimbangkan rasa.
  6. Masukkan bawang yang dihiris dan ayam yang telah digoreng tadi. Masukkan air jika perlu.
  7. Biarkan sebentar sehingga ayam masak.
  8. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Nota :

  • Boleh tambahkan bahan lain seperti kacang peas, buah tomato, sayur campuran dan sebagainya untuk rasa yang lebih sedap dan enak.

ayam masak merah ayam masak merah ayam masak merah


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

3 Comments »

Leave a Reply