Kek Batik Biskut Marie Lembut

Assalamualaikum. Minggu lepas saya sekeluarga balik ke rumah mertua. Cadang nak bawa makanan untuk orang-orang di rumah mertua. Bukan ada apa-apa special event pun, cuma saja suka-suka sesekali nak bawa buah tangan untung dorang. Hehe.. Lagi pun bila makan beramai-ramai tu yang jadi lebih seronok dan lebih sedap kan.. Fikir punya fikir saya teringat nak buat kek batik biskut marie. Sebabnya kek batik ni senang dan cepat je nak buatnya dan tak memerlukan kos yang tinggi.

So entry kali ni saya nak kongsikan resepi kek yang paling senang nak dibuat. Tak perlu bakar dan tak perlu mixer. Cuma perlu masak atas dapur dan campurkan biskut marie. Senangkan? Kek batik ni memang selalu jadi kegemaran ramai.. Resepi yang saya kongsikan ni memang akan membuatkan kek menjadi lembut dan sedap sebab ada campuran telur. Siapa nak belajar cara buat kek ni boleh la tengok video yang saya sediakan kat bawah ni..

Bahan-bahan Kek batik biskut marie :

  • 200 gram biskut marie (dipatah2)
  • 125 gram mentega
  • 2 biji telur gred A
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1/2 cawan milo
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1/4 cawan air
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :

  1. Satukan kesemua bahan-bahan kecuali biskut marie dan mentega ke dalam kuali. (jangan buka api). Kacau dengan whisk hingga semua sebati.
  2. Masukkan mentega dan pasang api sederhana kecil.
  3. Kacau tanpa henti bancuhan tadi hingga pekat.
  4. Masukkan biskut marie, gaul rata sehingga kesemua bahagian biskut tersalut dengan bancuhan. Matikan api.
  5. Tuang biskut yang siap di masak ke dalam loyang. Tekan biskut tadi sehingga padat
  6. Simpan dalam peti sekurang-kurangnya 4jam atau hingga boleh dipotong.

Nota:

  • Boleh tambah sedikit susu pekat jika suka kek yang manis.

Ok dah siap dah.. Tunggu betul-betul sejuk baru la senang untuk dipotong. Sedap makan masa sejuk-sejuk. Selamat mencuba ye…??

kek batik biskut marie kek batik biskut marie kek batik biskut marie


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

9 Comments »

Leave a Reply