Roti Naik Pahang Gebu

Assalamualaikum. Entry kali ni saya nak kongsikan pula cara nak buat roti naik pahang yang gebu dan mudah. Anak-anak saya memang suka sangat makan roti. Selalu mesti ada stok roti kat rumah. Kemudian saya terfikir nak belajar buat sendiri roti. Resepi roti yang saya nak kongsikan ni sangat basic dan mudah. Saya tak menggunakan mixer atau pun pengadun roti. Cuma uli menggunakan tangan. Tapi tangan kena kuatla sikit nak uli untuk mendapatkan roti yang gebu. Hehe…

Roti yang saya buat ni saya cuma taburkan gula di atasnya. Kalau nak lebih sedap, boleh tambahkan bahan lain seperti cheese, kekacang, sos caramel, coklat atau letakkan inti di dalam roti mengikut kegemaran masing-masing.

Di bawah ni saya kongsikan video cara nak buat roti ni ok.. Boleh la tengok dulu sebelum mencuba..

roti naik pahang

Bahan-bahan Roti naik pahang:

  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu kecil yis
  • Air suam
  • 250 gram tepung roti/gandum
  • 1 sudu susu tepung
  • 1/3 cawan gula
  • 1 susu besar marjerin
  • 1/2 sudu kecil shortening

Cara-cara :

  1. Campurkan telur, susu pekat dan Yis. Kacau dan tuang air suam sehingga menjadi sebanyak 150 ml.
  2. Biarkan selama 10-15 minit @ sehingga berbuih.
  3. Di dalam bekas besar, campurkan tepung roti, susu tepung dan gula. Gaul rata.
  4. Masukkan campurkan Yis yang telah kembang ke dalam tepung. Uli sekejap.
  5. Kemudian tambahkan marjerin dan shortening. Uli sehingga sebati @ doh tak letak ditangan. (boleh taburkan tepung sedikit semasa menguli untuk memudahkan proses menguli).
  6. Sapukan sedikit minyak di sekeliling doh dan tutup doh dengan plastik. Biarkan doh mengembang sehingga sekali ganda.
  7. Bila doh dah kembang, tumbuk doh untuk buang angin. Bulatkan doh kecil-kecil (lebih kurang 50gram). Masukkan  ke dalam loyang yang telah dilenser dengan marjerin. Tutup dan biarkan seketika sehingga doh mengembang.
  8. Bakar doh pada suhu 160°C selama 20 minit @ sehingga sedikit kekuningan.
  9. Sapukan marjerin dan tabur gula. Bakar lagi lebih kurang 5 minit untuk mencairkan gula.

Ok siap dah.. Senangkan? Lepas ni boleh la kita buat roti sendiri dengan bermacam-macam perisa kegemaran walaupun tak ada mesin pengadun roti. Makan roti kosong ni panas-panas cicah air teh tarik pun boleh habis setengah buku roti sorang. ??

roti naik pahang

roti naik pahang
roti naik pahang


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

3 Comments »

    • Boleh sy tau siapa owner asal resepi ni? Sebab resepi yg ni sy belajar drp cousin sy. Tak sure pulak sama ada dia ambil drp sesiapa ataupun dia belajar sendiri.

Leave a Reply