Ayam Mentega Telur Masin Paling Sedap

Assalamualaikum. Hari-hari nak fikir pasal masak ni penat jugak. Bukan penat apa, tapi penat sebab selalunya takde idea nak masak apa. Bila dah ada idea menu, bahan pulak yang takda. Haha. Saya rasa mesti ramai yang mengalami masalah macam saya ni kan? Terutamanya geng-geng suri rumah yang hari-hari kena fikir menu masakan untuk keluarga. Hehe. Tapi hari ni saya nak cuba resepi baru iaitu ayam mentega telur masin a.k.a salted eggs butter chicken. Saya tak pernah lagi masak ni. So baru la untuk saya. Hehe. 

Continue reading “Ayam Mentega Telur Masin Paling Sedap”

Pepero @ Chocolate Stick @ Pocky Yang Sedap

Assalamualaikum. Korang suka pepero tak? Coklat yang mahal tu.. Hehe. Ataupun kat Malaysia ni lebih dikenali dengan nama pocky. Rasanya pocky ni lebih banyak dijual dan lebih senang nak jumpa kat mana-mana kedai berbanding pepero. Tapi rasanya pepero lagi sedap. Hehe. Cuma harganya memang sangat mahal. Actually dua-dua ni sama je iaitu chocolate stick. So hari ni saya nak kongsikan cara untuk membuat pepero daripada bahan mentah. Maksudnya buat stick sendiri. Bukan beli stick ready made dan celup dalam coklat je.

Continue reading “Pepero @ Chocolate Stick @ Pocky Yang Sedap”

Basque Burnt Cheesecake (Versi Tak Rentung Sangat)

Assalamualaikum. Basque burnt cheesecake resepi yang viral baru-baru ni. Rasanya memang sedap walaupun nampak rentung. Bahagian atas yang garing tu la part paling best. Rasanya macam caramel. Cuma versi yang saya buat ni tak rentung sangat. Hehe. Gara-gara takut terasa pahit, rupanya part rentung tu yang buatkan rasa basque burnt cheesecake ni special dan lain daripada yang lain. Lain kali saya nak buat lagi versi yang lebih rentung.

Continue reading “Basque Burnt Cheesecake (Versi Tak Rentung Sangat)”

Roti Sardin Cheese ala BOL Mudah dan Sedap

Assalamualaikum. Sebelum ni saya selalu buat roti sardin gulung dan roti sardin goreng. Kali ni saya cuba buat roti sardin bakar pula. Roti ni berintikan sardin dan telur dan dibakar dengan taburan cheese. Rasanya cara ni lebih berkhasiat kerana roti dibakar tanpa menggunakan minyak. So kalau nak mencuba resepi baru, boleh la cuba buat roti sardin cheese ala BOL (Buat Orang Lapo) ni.

roti sardin cheese

Continue reading “Roti Sardin Cheese ala BOL Mudah dan Sedap”