Kek Kurma Moist Tanpa Telur Tanpa Mixer


Assalamualaikum. Hai semua. Untuk perkongsian hari ni saya akan buat resepi kek kurma moist. Kek kurma yang saya buat ni tidak menggunakan telur. Walaupun tanpa gunakan telur, tapi kek ni masih lagi sangat moist dan lembut sebab ada campuran susu dan minyak di dalam resepi ni. Satu adunan kek ni boleh dapat kek yang bersaiz 5@6 inci. Jika korang ingin membuat kek yang lebih besar boleh gandakan sahaja sukatannya. Kalau ada banyak lebihan kurma tak habis makan masa bulan puasa tempohari, boleh buat cuba buat kek kurma ni. Selamat mencuba!

Kat atas ni saya ada sediakan video cara membuat kek kurma ni. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan untuk kek kurma:

  • 100 gm (16-17 biji) Kurma (dibuang bijinya)
  • 3/4 cawan (190 ml) Susu Segar
  • 1/2 cawan (125 ml) Minyak Jagung
  • 1/3 cawan (65 gm) Gula Halus
  • 1 sudu kecil Esen Vanila
  • 1 cawan (125 gm) Tepung Gandum
  • 1/2 sudu kecil Soda Bikarbonat
  • 1/2 sudu kecil Serbuk Penaik
  • 1/4 sudu kecil Garam
  • 1/2 cawan (50 gm) Walnut

Hiasan:

  • Walnut
  • Kurma

Cara-cara untuk membuat kek kurma:

  1. Mula-mula, masukkan kurma (yang dibuang bijinya), susu segar dan minyak jagung ke dalam blender dan kisar sehingga halus.
  2. Masukkan kurma yang dikisar tadi ke dalam mangkuk yang besar. Kemudian, masukkan gula dan esen vanilla dan kacau hingga sebati menggunakan whisk sahaja.
  3. Langkah seterusnya, masukkan tepung gandum, serbuk penaik, baking soda dan garam yang telah diayak. Kacau lagi sehingga semua bahan sebati. Tambahkan walnut dan kacau rata.
  4. Sementara itu, boleh panaskan oven dahulu pada suhu 170°C selama 10-15 minit sebelum membakar kek.
  5. Sediakan loyang atau acuan yang bersaiz 5″ atau 6″ yang telah dioles dengan minyak atau mentega dan dialas dengan baking paper.
  6. Tuang adunan kek tadi ke dalam loyang dan hiaskan dengan hirisan kurma dan walnut diatasnya.
  7. Bakar kek pada suhu 170°C selama 40 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing. Kalau nak tahu samada kek dah masak atau belum boleh cucuk kek dengan pisau atau lidi. Jika tiada adunan kek yang melekat pada pisau atau lidi bermakna kek telah masak.
  8. Setelah kek masak, boleh keluarkan dari acuan dan biarkan ianya sejuk sebelum dipotong supaya kek tidak mudah hancur dan potongan lebih kemas. Siap! Sedia untuk dihidangkan.

Dapatkan Pes Masakan Keluaran Buat Orang Lapo

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top