Aiskrim Durian D24 Creamy Kalah McDonald

Assalamualaikum. Korang semua suka makan durian tak? Rugi tau siapa yang tak suka makan durian ni. Sedap hingga menjilat jari. Maklumlah kan buah durian ni raja segala buah. Mestilah sedapkan. Hehe. Bila tiba musim durian ni, mula la macam-macam idea yang timbul nak masak dengan durian ni. Menu yang paling famous berkaitan durian ni selalunya serawa @ bubur durian dan juga cucur durian. Tapi kali ni saya nak cuba buat aiskrim durian pula. Actually idea nak buat aiskrim durian ni sebenarnya timbul bila McDonald memperkenalkan aiskrim durian dalam menu dorang. Mesti ramai yang minat dengan aiskrim durian McDonald ni kan. So kali ni saya nak share resepi aiskrim durian yang super sedap kalah aiskrim durian McDonald. Haha.

Aiskrim Durian Continue reading “Aiskrim Durian D24 Creamy Kalah McDonald”

Aiskrim Milo Homemade Mudah 4 Bahan

Assalamualaikum.. Hai semua. Beberapa hari lepas saya ada memuat naik gambar aiskrim Milo yang saya buat sendiri kat rumah. Asalnya saya memutar whipping cream untuk buat resepi lain tapi resepi tu kurang jadi la pulak. So untuk mengelakkan pembaziran whipping cream tu, saya pun transform la whipping cream tu jadi aiskrim Milo. Hehe. Whipping cream kan mahal. Kalau nak buang macam tu je rasa rugi pulak. Nasib baik aiskrim tu menjadi dengan jayanya walaupun bahan yang saya gunakan sangat simple. Lepas saya memuat naik gambar aiskrim tu kat Instagram dan Facebook, ramai pulak yang bertanya resepi aiskrim Milo tu. So hari ni saya kongsikan resepi aiskrim Milo homemade yang sangat mudah dan sedap ni.

Aiskrim Milo Homemade

Continue reading “Aiskrim Milo Homemade Mudah 4 Bahan”