Assalamualaikum.. Hai semua. Beberapa hari lepas saya ada memuat naik gambar aiskrim Milo yang saya buat sendiri kat rumah. Asalnya saya memutar whipping cream untuk buat resepi lain tapi resepi tu kurang jadi la pulak. So untuk mengelakkan pembaziran whipping cream tu, saya pun transform la whipping cream tu jadi aiskrim Milo. Hehe. Whipping cream kan mahal. Kalau nak buang macam tu je rasa rugi pulak. Nasib baik aiskrim tu menjadi dengan jayanya walaupun bahan yang saya gunakan sangat simple. Lepas saya memuat naik gambar aiskrim tu kat Instagram dan Facebook, ramai pulak yang bertanya resepi aiskrim Milo tu. So hari ni saya kongsikan resepi aiskrim Milo homemade yang sangat mudah dan sedap ni.
Sebenarnya nak buat aiskrim ni sangat mudah. Whipping cream, susu pekat dan ovalete adalah sebagai bahan asas untuk membuat aiskrim. Milo pula boleh digantikan dengan pelbagai bahan lain seperti strawberi, durian, jagung, vanila, koko dan sebagainya jika hendak membuat ais perisa lain.
Untuk whipping cream pula, saya menggunakan dairy whipping cream (krim putar tenusu) untuk membuat aiskrim ni. Antara jenama dairy whipping cream yang mudah didapati di pasaraya ialah Anchor dan Emborg. Whipping cream boleh digantikan dengan susu cair tetapi rasa whipping cream lebih sedap berbanding susu cair.
Jom tengok video yang best kat bawah ni..Jangan lupa subcribe ye. Hehe.. Ada banyak lagi resepi yang menarik di YouTube channel kami.
Bahan-bahan aiskrim Milo homemade:
- 200 ml dairy whipping cream (krim putar)
- 1 1/2 sb susu pekat
- 7-8 sb Milo
- 1/2 sb ovalete
Cara-cara:
- Masukkan kesemua bahan di atas dan pukul sehingga kembang dan gebu.
- Simpan adunan ke dalam bekas yang bersesuaian dan sejukkan di dalam peti ais sehingga keras.
Nota:
- Kuantiti susu pekat dan Milo boleh ditambah mengikut citarasa masing-masing.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo