Tiramisu Tanpa Telur (Eggless Tiramisu)

Assalamualaikum.. Entry kali ni saya nak cuba buat tiramisu pula. Nak buat tiramisu ni tersangat la mudah sebab ianya tak perlu dimasak. Sebenarnya original resepi tiramisu ni menggunakan telur. Tapi disebabkan saya tak biasa makan telur yang tidak dimasak, jadi saya cuba buat resepi tiramisu tanpa telur (eggless tiramisu).

tiramisu tanpa telur

Saya terfikir untuk mencuba resepi tiramisu tanpa telur (eggless tiramisu) ni sebab saya ada beli biskut jejari (ladyfingers) dikedai yang menjual barang-barang kek dua bulan lepas. Dah lama sangatkan. Hehe.. Sebenarnya dah lama saya mencari biskut jejari ni untuk membuat resepi yang lain. Tapi bila masa saya mencari biskut ni, tak pernah pulak terjumpa. Bila masa tak cari tu la terjumpa pula. So bila dah jumpa kat kedai tu terus saya bila biskut jejari ni. Cuma masalahnya masa beli tu pula saya dah lupa dah resepi apa yang saya nak buat dengan biskut ni. Haha.. So tersimpan lama la biskut ni kat dapur sampai saya teringat resepi tiramisu ni. Then cepat-cepat la buat sebelum biskut ni expired pula.

Selain guna biskut jejari, boleh juga menggunakan kek span untuk membuat tiramisu ni. Kalau rajin, boleh buat kek span sendiri yang tentu lebih sedap. Kalau nak lagi cepat boleh je guna kek span yang dibeli siap. Senang kerja. Hehe. Tapi pada sesiapa yang alergik dengan telur, boleh guna resepi ni, cuma perlu gantikan biskut ladyfinger dengan biskut lain tanpa telur ataupun guna kek tanpa telur sebab biskut ladyfinger ni mengandungi telur.

Ok jom kita tengok video yang saya sediakan kat bawah ni untuk lebih senang faham cara penyediaan tiramisu tanpa telur (eggless tiramisu) ni.

Bahan-bahan tiramisu tanpa telur (eggless tiramisu):

  • 200gm Krim Keju (cream cheese)
  • 70gm Gula
  • 1 sk Esen Vanila
  • 200ml Krim Putar (whipping cream)
  • Air Kopi (Disejukkan)
  • Biskut Jejari
  • Serbuk Koko (hiasan)
  • Coklat (hiasan)

Cara-cara:

  1. Pukul krim keju, gula dan juga esen vanila sehingga sebati.
  2. Masukkan krim putar dan pukul lagi sehingga gebu.
  3. Sediakan air kopi atau nescafe secukupnya.
  4. Celupkan biskut jejari sebentar ke dalam air kopi dan terus susun ke dalam loyang yang bersesuaian.
  5. Ratakan separuh daripada adunan cheese tadi ke atas biskut jejari.
  6. Ulang langkah 4 dan 5 tadi.
  7. Sejukkan tiramisu ke dalam peti ais selama lebih kurang 3 jam.
  8. Keluarkan tiramisu setelah keras dan taburkan serbuk koko. Kemudian taburkan hirisan coklat (jika suka).

tiramisu tanpa telur

tiramisu tanpa telur

tiramisu tanpa telur

tiramisu tanpa telur


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

1 Comment »

Leave a Reply