Biskut Florentine (Crunchy Caramel Almond Cookies)

Assalamualaikum.. Biskut Florentine (Crunchy Caramel Almond Cookies) adalah kudapan/biskut kekacang yang sangat rangup dan sangat mudah cara membuatnya. Masa penyediaan lebih kurang 15 minit je. Biskut florentine ni hanya memerlukan beberapa jenis kekacang dan juga tepung florenta untuk membuatnya. Kalau jumpa Biskut Florentine (Crunchy Caramel Almond Cookies) ni kat mana-mana, selalunya memang saya akan beli walaupun harganya agak mahal sebab rasanya memang sedap. Dulu tak pernah terfikir pun nak buat biskut ni sendiri sebab tak pernah tau @ terjumpa pun kat mana ada jual tepung florenta ni. Then masa beli bahan-bahan kat bakery, saya ternampak tepung ni kat bakery tu. Mula-mula tertanya-tanya jugak apa kegunaan tepung tu. Bila dah tau resepi biskut ni, baru la kenal dengan tepung florenta ni. Hehe..

biskut florentine

Di dalam video kat bawah ni, saya menggunakan kuaci biasa, kuaci biji labu, badam keping dan juga bijan hitam. Boleh guna apa-apa saja kekacang ikut kegemaran masing-masing. Tepung florenta boleh didapati dikebanyakkan kedai yang menjual bahan-bahan kek. Untuk pengetahuan, tepung florenta ni dah ada campuran gula dan campuran bahan lain. Jadi tak perlu lagi menambah gula untuk membuat biskut ni. Walaupun biskut florentine ni sangat mudah untuk dibuat dan juga rasanya sangat sedap, cuma harga untuk membeli bahan-bahannya memang sangat mahal. Hehe. Oleh sebab bahan untuk membuat biskut ni mahal, tak hairan la harga jualan biskut florentine ni juga sangat mahal. Tapi kalau beli bahan untuk buat sendiri rasanya jauh lebih berbaloi daripada beli biskut florentine yang dijual diluar.

Ok jom belajar buat biskut florentine (crunchy caramel almond cookies) yang sangat sedap ni. Confirm jadi sebab resepi tersangat senang. Hehe.. ??

biskut florentine

Bahan-Bahan Biskut Florentine (Crunchy Caramel Almond Cookies):

  • 50gm Kuaci
  • 50gm Kuaci Biji Labu
  • 100gm Badam Keping
  • 100gm Tepung Florenta
  • 10gm Bijan Hitam

Cara-cara:

  1. Ratakan kuaci, kuaci biji labu dan badam keping ke dalam loyang dan bakar selama 5 minit pada suhu 160°c.
  2. Masukkan tepung florenta dan bijan hitam ke dalam loyang tadi. Gaul dan ratakan semula ke dalam loyang. Bakar selama 10 minit atau sehingga kekuningan pada suhu 160°c.
  3. Keluarkan daripada oven dan terus potong mengikut saiz yang dikehendaki semasa panas untuk mendapatkan potongan yang cantik.

Nota:

  • Boleh tambah tepung florenta jika suka lebih manis.
  • Gunakan loyang yang besar (14 inci atau lebih) untuk dapatkan biskut yang nipis dan lebih rangup. Boleh juga bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian jika menggunakan loyang kecil.
  • Gunakan non-stick pan ataupun parchment paper atau baking paper untuk membakar supaya tidak melekat.
  • Renggangkan biskut daripada baking paper semasa memotong supaya kertas tidak melekat pada biskut apabila sudah sejuk.
  • Pastikan biskut dipotong semasa panas.

biskut florentine

biskut florentine

biskut florentine

biskut florentine


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

2 Comments »

Leave a Reply