Assalamualaikum. Hari ni saya nak kongsikan resepi lasagna yang sangat mudah. Resepi ni tak perlu menggunakan kulit lasagna sebab saya cuma gunakan roti. Jadi ianya lebih senang dan juga murah. Kalau nak resepi lasagna yang menggunakan kulitnya yang biasa, boleh rujuk pada resepi yang pernah saya kongsikan sebelum ni.
Popiah Carbonara Cheese
Assalamualaikum..Selamat berpuasa semua. Dah masuk minggu terakhir bulan puasa tahun ni, korang dah ready ke semua baju raya dan kuih muih untuk raya nanti? Sambil-sambil buat persiapan raya tu jom la kita bersama-sama meningkatkan dan memperbanyakkan amal ibadat kita supaya puasa kita lebih berkat. Dalam 10 malam terakhir Ramadan ni jom kita amalkan bacaan doa ni: “Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni”. Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan senang memaafkan. Maka, maafkanlah kesalahanku. Semoga kita semua mendapat keberkatan malam Lailatulqadar. Sambil-sambil baca doa tu jom tengok resepi popiah carbonara cheese ni. Hehe. Continue reading “Popiah Carbonara Cheese”
Fettuccine Carbonara Prego Simple
Assalamualaikum.. Hi semua.. Entry kali ni saya kongsikan pula menu favourite anak-anak saya iaitu fettuccine carbonara prego simple. Resepi ni memang sangat simple dan cepat untuk dimasak sebab saya menggunakan sos carbonara prego. Hehe. Cuma saya tambah sedikit bahan lain untuk jadikan carbonara ni lebih sedap dan menyelerakan. Actually, carbonara ni jadi favourite anak-anak sebab rasa yang berlemak dan yang penting tak ada rasa pedas. Tapi untuk mak ayah makan, boleh juga taburkan chili flakes masa nak makan atau tambahkan serbuk cili ke dalam sos carbonara ni. Maklumlah perut orang Malaysia ni mana boleh lari daripada makanan pedaskan.. Hehe.
Chicken Parmigiana
Assalamualaikum… Minggu lepas saya dan family pergi makan di Secret Recipe. Suami saya order menu chicken parmigiana. Katanya pernah makan sebelum ni memang sedap. Then dia suruh saya cuba rasa. Rasa sekali memang sedap sangat chicken parmigiana ni rupanya. Rugi saya tak pernah makan sebelum ni. Haha.. Sebab saya ni selalu takut nak cuba menu baru kalau pergi mana-mana. Takut tak sedap nanti rugi bayar mahal-mahal. Haha.. Mesti order yang sama je setiap kali makan kat luar. So lepas try menu baru yang sedap macam ni saya rasa saya patut cuba order makanan yang lain-lain la kot kalau makan kat luar. Continue reading “Chicken Parmigiana”
Homemade Simple Pizza
Assalamualaikum.. Entry kali ni saya nak share resepi homemade pizza. Senang je buat pizza ni. Resepi yang saya share ni pun resepi yang simple je. Hehe.. Apa yang bestnya homemade pizza ni of course la sebab boleh letak topping sesuka hati. Haha.. Silap-silap boleh jadi lagi sedap daripada pizza hut dan dominos. Kot-kot ada yang nak ambil resepi ni untuk buat jualan, saya halalkan. Hehe.. Continue reading “Homemade Simple Pizza “
Cheese Tart (Blueberry/Chocolate)
Assalamualaikum. Entry saya sebelum ni saya dah tunjuk cara-cara nak buat kulit tart. Kali ni saya nak kongsikan pula cara nak buat cheesenya iaitu cheese tart. Yang ni lagi senang nak buat. Bahan pun sikit je. Kalau ada yang belum tengok cara nak buat kulit tart, boleh klik kat link ni. Dah terer buat kulitnya boleh buat cream cheese pulak. Hehe..
Baguette Pizza Simple dan Sedap
Assalamualaikum. Siapa yang suka makan roti baguette? Mungkin jugak ada yang tak pernah dengar kot roti ni. Roti ni berasal daripada Perancis. Ia berbentuk panjang dan agak keras. Jadi roti ni lebih sesuai untuk di masak berbanding roti putih biasa yang lembut tu lebih sedap kalau makan terus. Hari ni saya nak tunjukkan salah satu cara nak buat roti baguette ni menjadi lebih sedap iaitu Baguette Pizza. Continue reading “Baguette Pizza Simple dan Sedap”
Blueberry Cheesecake (Kek Keju Blueberi)
Assalamualaikum. Resepi blueberry cheesecake ni saya ambil dari sebuah buku resepi kek yang di tulis oleh azlita aziz. Best buku dia sebab dia kek-kek yang dia buat nampak sangat sedap dan menyelerakan. Hehe.. So saya cuba buat salah satu resepi kek dia yang simple dan sedap tu. Continue reading “Blueberry Cheesecake (Kek Keju Blueberi) “