August 9, 2020

Cheesy Meatball Meleleh Super Marvellous

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu lagi kita di entri kali ni. Korang masak apa hari ni? Korang suka makan meatball dan cheese tak? Kepada meatball and cheese lovers inilah masanya untuk berseronok kerana saya akan kongsikan resepi cheesy meatball meleleh super marvellous. Holla!

Hidangan lazat ala western ni wajib korang cuba. Meatball yang digoreng dan dilimpahi dengan keju cheddar dan mozzarella memang sangat sedap. Senang je nak buat cheesy meatball ni. Bahan-bahannya pula sangat mudah dan senang didapati. Namun rasanya macam makan di restoran 5 stars. Hehe.

Meatball yang saya gunakan untuk kali ni saya beli yang frozen je di pasayara. Boleh guna apa-apa jenama yang korang suka. Tapi kalau rajin boleh juga buat meatball sendiri menggunakan daging kisar dan sudah pasti lagi sedapkan. Untuk keju pula saya gunakan keju cheddar dan tentunya keju mozarella sebab boleh tarik-tarik bila makan nanti. Hehe. Senang cerita semua bahan boleh disesuaikan mengikut selera dan citarasa masing-masing. Cheesy meatball ni boleh dimakan terus ataupun dimakan bersama spaghetti. So, apa tunggu lagi jom kita buat!

Kalau masih ada banyak lebihan cheese tu, boleh cuba buat mac & cheese ni pulak. Resepi simple je. Yang pasti memang sedap. Buat mac & cheese ni saya suka letak serbuk cili. Nak bagi pedas sikit. Maklumla tekak melayu ?

Kalau korang nak senang faham cara membuat cheesy meatball ni apa kata korang layan dulu video yang saya kongsikan kat atas ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa like Facebook kami yea.

Bahan-bahan cheesy meatball:

  • Minyak Masak
  • 1/2 biji Bawang Holand
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 15-20 biji Bebola Daging
  • Capsicum/Cili Benggala
  • 300 gram Sos Spaghetti
  • Air
  • 1/2 sudu kecil Garam
  • 1/2 sudu kecil Daun Pasli Kering
  • 1/2 sudu kecil Oregano
  • 1/2 sudu kecil Serbuk Lada Hitam
  • Keju Mozarella & Cheddar
  • Daun Pasli Kering (untuk hiasan)

Cara-cara membuat cheesy meatball:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan meatball dan goreng sebentar.
  3. Kemudian masukkan cili benggala dan sos spaghetti. Kacau sebati.
  4. Tambahkan air, garam, daun pasli, oregano dan serbuk lada hitam. Kacau lagi hingga rata kesemuanya.
  5. Akhir sekali, taburkan keju mozarella dan cheddar di atas meatball tadi dan tutup kuali supaya keju menjadi cair.
  6. Tutup api dan hiaskan dengan daun pasli. Siap!

cheesy meatball
cheesy meatball
cheesy meatball
cheesy meatball

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Nazatul Fairuz

Supermom kepada dua orang superhero yang super comel. Hehe. Suka memasak dan mencuba pelbagai resepi baru. Menulis blog untuk mengisi masa lapang dan berkongsi resepi yang sedap-sedap untuk semua para pembaca.

View all posts by Nazatul Fairuz →
%d bloggers like this: